Thursday, January 28, 2010

:: mEmbErS Of fAmiLy ::

i love my family.....


.........aBaH and mAk........


1.......alOng (mOhd AmaR).......


2......akak (nur naTasHa)......


3.....alip(mOhd AliF)........


4.....irAh (NuR SyAHIrAH).....



5...hanim (nUr FarAh hAniM).....



6....wani(nUr ain sYazWani)....


7...adik (mOhd Nur a'limi)....


whatever it is...i love my family!!
mmmuuuuaaahhhh fOr all Of u..


Tuesday, January 26, 2010

:: kEnGkaWan ::

siapa takde kengkawan ? sila angkat kaki...ehehehe, of course sume orang ade kawan or teman or sahabat or what ever lah yang satu spesies dengan kawan...kan. Bagi teman, takde sesape kot yang dalam dunia nih yang takde kawan, agak mustahil..kawan memang sangat penting, terutama as a student like me. kawan juga boleh diklasifikasikan kepada kawan biasa, kawan baik, kawan jahat..(ader ker..??) ha..macam2 jenis kawan ade, depends on kite la sama ada nak letak status kengkawan kite camne kan..

bagi teman, kawan memang ramai...ke mana sajer, teman boleh dapat kawan..(al-maklumlah peramah tak bertempat..hehehe), dan teman suke mencari kawan...bila kita ramai kawan, lagi best, lagi seronok, dunia penuh warna-warni and pelbagai ragam kengkawan kite hadapi..sangat menarik dan sekaligus menambah pengalaman supaya hidup kita lebih bermakna...betul x??

TAPI..untuk mencari kawan yang betul2 digelar sahabat yakni yang dapat memahami diri kita, susah senang bersama, terima apa jua keadaan bersama kita, agak sukar..teman tak nafikan..erm....terutamanya dalam bab menjaga hati dan perasaan..susah woO bila tetibe ade kengkawan yang terguris dan terasa hati..waduh!

as me...ermmm...sape yang betul2 kenal teman, mereka tau lah teman orang yang mcm mana...teman tak kisah dengan perkara2 yang remeh dan kalau terasa ckit2 tu..tak jadi masalah la kan...tapi, bila sampai satu tahap di mana teman sendiri tak dapat nak tanggung ke'guris'an itu, hati makin sakit, maka..teman akan terdiam...hahaha... diam je lah kan..nak wat camne lagi..teman pun tak tau nak wat pe...sape ade idea??hehehe...

gitu lah...walaubagaimanapun, selagi kita boleh bertolak ansur, kita bertolak ansur lah...cuma bila sampai satu tahap yang kita sendiri tak boleh tahan..terpaksalah cari jalan penyelesaian..kan. kalau disimpan, lagi terpendam, lagi terguris, lagi terluka, lagi merana...pastu....??? masing2 tentukanlah apa kemungkinan yang akan terjadi selepas itu..sebab kengkadang memendam hati dan perasaan terhadap kengkawan terutamanya kawan yang baik ngan kita ni, lebih perit dari segalanya....

kepada kengkawan teman sekolah tadika PASTI, sk Tanjung Rambutan, SMK Sultan Azlan Shah, SMK Dato' Ahmad, kengkawan Kolej Matrikulasi Perak, UKM..and semua2 nye lah...thanks for being my fren.... miss u all sO much!! hopefully kite dapat jumpe lagi...keep in touch!

Sunday, January 24, 2010

:: aDe maSaLah kErrr?? ::


"dalam derita ada bahagia..
dalam gembira mungkin terselit duka..
tak siapa tahu..tak siapa pinta ujian, bertemu..."


teman suke sangat dengan lirik lagu nih...bila terdengar jer, rase begitu besar Maha Suci Tuhan...dan sangat bersyukur dengan apa yg teman ada..uhuk! apa pun yang kita hadapi, semestinya telah ditentukan..dan hanya Dia yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam kehidupan kita...setiap orang merasai pahit manis kehidupan...dan sudah tentu tak dapat nk digambarkan dengan kata-kata..kadang-kadang, kegembiraan tidak mencerminkan kebahagiaan...begitu juga sebaliknya. dan kita hanya sebagai insan yang kerdil di muka bumi ini seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.. mungkin kita rase ade kekurangan pada diri kita, kehidupan kita, namun sesungguhnya...ada insan yang lebih teruk dari kita..

apa yang penting.......kerjasama..apa yang penting..kerjasama.... eh, apa hal plak masuk lagu theme wonderpets lak nie..ish!

apa yang penting, semua yang kita lakukan ikhlas kerana Allah..kalau kite ikhlas, buat apa2 pun rasa tenang dan gembira walaupun dalam keadaan sedih dan bermasalah..percayaaalaaahhh...

bile de masalah, jangan lak kite muram+masam+macam tak berdaya= pastu marah orang2 yang de disekeliling kita..isk..isk..isk...kesian orang yang kena marah tu kan..pe2 pun, kite kena menunjukkan muka yang ceria...seceria ini =)..hehehe..

contoh muka masam mcm kat dlm pic nie...individu ni tengah dalam keadaan bermasalah..muram jer muka dia..moyok..



tapi bila senyum..de kengkawan...ha kan rase hepy, da hilang sume masalah...ceria jer..kan..kan..kan..

biar semua orang senang dengan kita dan mudah mendampingi kita..kan best bila ramai kengkawan...leh chatting, sembang2,gurau senda (sampai tak wat asgment..hehehe) ,share2 idea, promosi bisnes(wakakaka....) , mcm2 leh buat bile ramai kengkawan..kan.secara tak langsung de kengkawan yang boleh kurangkan masalah kita..
sentiasa lah senyum disamping menguatkan otot2 muka..kita dapat mencari pahala sedekah...betul x? jadi..senyumlah slaloO wahai kengkawan =)

positive thinking! sentiasa positif dengan apa yang terjadi... dan sentiasa optimis pasti kita akan rasa hidup ini sungguh bermakna..the most important...is, sentiasalah berdoa pada Allah moga permudahkan segala urusan kita...insyaAllah, yang susah akan jadi mudah.

last thing, dengar le lagu "rahmat ujian "by mestica nih..terasa tenang..insyaAllah..


p/s : gambo sekadar hiasan...

Tuesday, January 19, 2010

:: pAndUan sOlat JamaK dan QaSar ::

PENGERTIAN JAMAK

Solat jamak ertinya mengumpulkan dua solah dalam satu waktu
misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya.


Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu

1. jamak taqdim

* solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor
* solat magrib n isyak pada waktu maghrib



Syarat jamak taqdim

* hendaklah dimulai solah yang punya
waktu, ertinya lakukan zuhur dari asar dan magrib dari isyak
* Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbirratul ihram atau ditengah2 solat selama mana ia belum memberi salam
* muwalat (berturut-turut) di antara solat
yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solah, maka hendaklah solah pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

2. Jamak Takkhir


* Melaksanakan solah zuhur dan asar pada waktu asar
* Solah maghrib dan isyak pada waktu isyak

Syarat Jamak Takkhir

* Berniat hendak mentakkhirkan solah yang pertam
a pada waktu kedua
* Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua2 solah

Peringatan


Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat iaitu hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak.

Solah jamak takkhir ini tidak diisyaratkan tertib yang
mana dahulu dan yang mana kemudian. Oleh itu apabila tiba masanya untuk mengerjakan solah jamak takkhir, maka boleh didahulukan solah zuhur atau asar. Begitu juga halnya dengan jamak takkhir solah maghrib dan isyak.


PENGERTIAN QASAR


Ertinya memendekkan solah dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solah yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat zohor, asar dan isyak.

Solah jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan pabila seseorang lebih dari dua marhalah


Syarat-syarat Qasar

1. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah
3. solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam masa takbiratul ihram

Niat solat

Usalli fardal zuhri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala




Usalli fardal asri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala



Usalli fardal isyai rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fadu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala




5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolah taman (sempurna)
6. hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang ditujukan itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. berkekalan perjalanannya sehinga sempurna solah
8. Ia tahu bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan solah qasar


Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. walau bagaimanapun, ia boleh memilih di antara satu yang berikut:

1. menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
2. menjamakkan dua solat fardu dan qasar
3. mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


* solat jamak dan qasar ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
* Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
* Akhir musafir ialah apabila kita mamasuki kawasan permulaan musafir tadi.
* Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi sekiranya hendak berhenti disitu selama 3 hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
* Kemudahan solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kampung yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada wal kedua-dua solat dan diantara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau dipertengahan solat yang kedua.


Niat solat jamak qasar

1. Niat jamak taqdim dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuann ilal asri adaan lilahitaala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahitaala

-sahaja aku solat fardu asar dua rakaat kerana Allah Taala

2. Niat jamak taqdim dan qasar: magrib-isyak


Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihil isya’u lillahitaala

-sahaja aku solah fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala.

Solat magrib tidak boleh diqasarkan.Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib-isyak sama dengan jamak taqdim zohor-asar. Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut:

Usalli fardal isyai rakaataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

3. Niat jamak takkhir dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuan ilal asri adaan lillaitaala

-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada asar tunai kerana Allah Taala

Selepas memberi salam maka iqamat sekali lagi tanpa mennagguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahi taala

-Sahaja aku solat fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

4. Niat jamak takkhir dan qasar: magrib-isyak

Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihi isyau lillahi taala

-sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat seperti berikut

Usalli fardal isyai rakataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

* dua marhalah -sebahagian ulama mengatakan 48 batu, setengah berpendapat 56 batu dan juga ada yang menyebut 60 batu atau 100km. Untuk berhati-hati eloklah dikira dari 60 batu


Monday, January 18, 2010

:: adAkAh TeMAn BerSalaH?? ::

ha..udah lama meninggalkan blog ini..akibat daripada percutian di kampung tercinta...1 minggu teman balik kampung weh....kengkawan kelas sume p bercuti kat peneng, yang teman plak bercuti di kampung halaman hahaha... bukan sengaja tak mau join the club p sana, tapi de sedikit masalah..so, tak dapat la nak join..i'm sory (ala-ala gimik amer raja lawak3), especially for cik kama..maaf erk...and thanks a lOt for cik mun..yang sentiasa mengingatiku walau dimana anda berada...ceeewaaahhh...bukan pe, cik mun ni ingat gak kat teman time dia p peneng, siap belikan buah tangan lagik...thanks mun..mun..!

nie, teman nak tanya,pernah tak sesape kat sini yang pernah diminta duit di tempat awam oleh orang yang anda tidak kenali?? teman nak habaq mai sikit, sejak dua menjak ni, teman sering didatangi oleh orang2 yang teman tak kenal, then tetibe jer minta duit.. okeys, teman ceritakan situasinya...

situasi 1:
teman ke m****k*jang dengan kawan teman, kitorang keluar time tu coz nak beli barang cikit, bila penat berjalan, mulalah perut berkeroncong+dahaga yang terlampau..jadik, kitorang singgah ler restoran kat dalam m****k*jang tue, tengah syok menikmati makanan..tetibe ade sorang perempuan, cantek, bersolek, ber'handbag', siap ada handpne mahal lagik kat tangan, memang bergaya la gak..umur dalam lingkungan 20-an, ala-ala sebaya kitorang gak la kan...tetibe jer datang menghampiri teman, then tanya...kak, macam mana cara nak ke putrajaya? teman pun bersemangat citer la kat dia...citer punya citer..bila da abis citer, dia leh plak sampuk "akak, sebenarnya, saya xde duit nie, dompet saya kena curi, xsedar macam mana orang amik dari handbag saya, boleh tak akak bagi saya rm15, tolonglah kak, untuk tambang saya ke putrajaya?" terkejut teman...udah tukar bab lain plak, erm...teman tengok dia, rasa macam pelik jer...then, teman pun kabo la kat dia, 'maaf lah dik, akak pun xde duit..akak ni student lagi...apa kata adik pergi buat report kat balai polis...jer." then, terus dia balas 'xpe la kak..time kasih..'then, terus dia pergi macam tu jer..( musykil...musykil..)

situasi 2:
lastweek, teman balik kampung...time dalam bas sementara tunggu bas nak bergerak, teman pun makan la bekalan roti teman beli kat pudu time tu, sedang menikmati kelazatan roti sosej yang enak tu, tetibe ade sorang perempuan muda, menghampiri teman, usia dalam lingkungan 20-an, pakai jeans+t-shirt.."kak, nk balik ipoh kan? akak turun kat medan gopeng ye?' teman pn jawab, ' ye, kenapa?' dia balas 'akak, boleh x bagi saya rm20, saya nk beli tiket, nanti sampai ipoh, saya bayar balik kat akak, sekarang nie saya xde duit..nak beli tiket..boleh tak akak tolong saya?' muka dia memang agak2 sedih la time tu..teman pun, rasa macam kesian gak..tapi, takut nak percaya...at last, teman cakap 'minta maaflah, saya pun tak berapa ada duit nie, cukup untuk balik ipoh je..." pastu, dia buat muka macam agak bengang ngan teman...dia terus pergi macam tu jer...erm...


actually teman rasa bersalah gak sebab tak tolong 2 orang yang memerlukan bantuan dalam situasi di atas, tapi...teman takut kalau2 teman ditipu oleh diorang, bukan apa, sebelum ini pun teman pernah terkena...jadi, biarlah sekali terkena itu akan jadi pengajaran untuk selamanya.bukan tak kesian, teman terfikir juga, mungkin perkarA itu benar dan mereka memang memerlukan bantuan, tapi bagaimana pula kalau diorang hanya menipu untuk kepentingan diri sendiri...erm...itu yang teman agak musykil...ada juga rasa bersalah dalam diri coz tak membantu...tapi, bila kemusykilan itu wujud..maka bantuan tak dapat dihulurkan...

apa anda akan lakukan jika anda di tempat teman??

sekian, renung-renungkan...dan selamat beramal.. =)

Sunday, January 10, 2010

::pUbliC hOliDay at MineS::

salam pembuka bicara....(ceeewaaaahhhh) tatkala saat ini, kepala pening, otak berpusing,fikiran bercelaru...huhuhu, agak penat jugak la minggu nie even tak balik umah.pecah rekod untuk teman kerana tak balik umah minggu nie.camne entah boleh tak terfikir nak balik...hehehe, tak pe lah, lagipun, sem nie teman kena saving2...bajet banyak lari...tak dapat dikejar lagi..

disebabkan tak balik umah minggu nie, teman jadik macam tak tentu arah..tak tau nak watpe...hahaha, boleh plak gitu...ye lah, memang tak tau nak watpe, bangun pagi....dok mengemas bilik...pastu dah tak tau nak watpe...asgment banyak jer, tapi takde mood je nak buat..so, teman + khai + zizi...g jalan2 kat mines..ehehe, biasalah..kitorang nie memang selalu berjalan @ buat aktiviti outdoor tanpa dirancang..suka suki jer ..terasa nak keluar, keluar lah...

so, bermula petang sabtu tu kitorang keluar
, sampai tak sedar udah sampai malam...isk..isk..itu lah orang perempuan kan...walhal kitorang g jalan-jalan jer, bukan shopping pun...just for released tension...so, bila kitorang bertiga keluar..perkara utama, udah tentu le bergambo...kan..kan..kan...hehehe..so, layan je lah gambo-gambo yang teman letakkan kat bawah nie..nak bercerita panjang...tapi, kepala agak pusing...erm, kite stop kat sini je lah...jap g ayat merapu2 pulak keluar...uhukk!

pic1-kat stesen komuter ukm..(initial)


pic2-stesen komuter serdang


pic3-kat tasek berhampiran mines tue...


pic4-dalam toilet...hehe


pic5-dalam fitting roOm..


pic6-kat tepi kedai teddy bear...tomei2..


pic7-dalam cruise...(nasib baik ade abang tu baik hati tulun amik gambo kitorang..)


pic8-fitting roOm lagik...two Over three...whose?



pic9-cantek tak background tue...??



sekian..time kasih, aduyai..awat la kepala teman pusing2 nie...erm...wokeh la...takat ini jer, nanti kite coret-coret yang lain okeys!

Friday, January 8, 2010

:: kEnaPa TeMAn SuKE bALIk uMAH::

kenapa teman balik umah selalu ???

  1. rindu kat mak
  2. dapat makan pe yang teman suke
  3. boleh borak-borak dengan mak (for hilangkan stress)
  4. boleh gurau2 and buli adinda-adinda teman kat umah
  5. boleh tolong mak wat keje umah
  6. belajor masak and kutip resepi2 dari mak(persediaan b4 kawen..hehehe)
  7. boleh g pasor malam setiap petang sabtu
  8. boleh tengok 'redah kasi pecah" setiap malam jumaat (best woO...)
  9. boleh jumpe mr.vespa...( kalo de mase je la)
  10. kalo tak balik nanti mak akan mesej " akak tak balik ke minggu nie??" (so, menggugat iman teman untuk balik..uhuk!)
  11. daripada kuar perabis duit jenjalan, baik teman perabis duit balik umah.. (betul x???)

ha..itu le antara sebab-sebab mengapa teman selalu balik umah..ramai jer kengkawan yang pertikaikan kenapa teman ni selalu je balik umah...bila nak masuk ari khamis jer....ade je yang tanya "tasha, ko balik kg x minggu nie?" persoalan yang sering diajukan kepada teman everyweek...sampai ade jer yang perli-perli teman...'asal weekend jer, nak balik umah...time public holiday, pun sibuk2 nak balik umah..macam dah lame tak balik'..'kalo bab-bab cuti nih, korang tanya jer tasha, dia memang tau bab-bab ni...' yea, memang betul...masuk jer awal sem, teman udah cari kalendar..tanda tarikh2 azimat(tarikh balik umah :) ) walau kat mane je teman dok, ade je kengkawan yang selalu cakap macam tu, even kat matrix, ukm...same je..diorang pn dah cop muka teman nie, muka balik umah..kalo 1 kali tak balik, sure diorang agak-agak hairan dan pelik...so, untuk mengurangkan kehairanan dan kepelikkan korang...teman pun balik la setiap minggu kan....

p/s ;hehehe, harap korang sume faham la yek nape teman suke balik umah every weekend..
RUMAHKU...SYURGAKU... =)


Tuesday, January 5, 2010

:: nAk prOmoT uBaT nih.. ::

meniti hari-hari yang amat mendukacitakan sejak kebelakangan ini..uhuk! akibat selsema+batuk+demam..teman mula lah tension..mcm xtau nk wat keje pe..batuk+selsema tak henti-henti..time, tido ...mulalah bunyi mengalahkan orang berdengkur...ye lah..sumenya da tersekat kat dada..mulalah susah nak bernafas..so, bunyi lah macam2 yg tak sepatutnya bunyi..tiap2 malam..2-3 hari nie jugak la rumate teman..si khai nie tido sekatil dengan teman...(sekatil???? ape kes??) bukan pe..dia saje je nak ubah angin tido dengan rumate kesayangan dia ni kan..ahaks! so, dia terpaksalah menahan segala dengkuran dan batukkan dari teman...

nak dijadikan citer, si khai nie semalam..balik dr kelas..dok menunjuk ubat mata yang dia beli kat pusanika, ukm...beria2 dia tunjuk...teman time tu udah le tak bape nak cihat..so, layan gitu2 je lah... pastu, dia ajak teman g buat rawatan resdung,firstly macam takut gak...tapi hasil desakan khai yang amat mempengaruhi, teman pun g la...buat rawatan tu hari nie bersama si khai nie...kire, ubat mata and rawatan resdung yang kitorang g nie, satu company la...under as-syifa..musti ramai pernah dengak..kan..kan..kan..

okey, first kitorang g, dia check dulu..de la bahan2 yang diorang gunakan untuk kesan tahap resdung kita..pastu, kalo tahap minimum..boleh la blah jer...kalo tahap maksima...tunggu la untuk rawatan selanjutnya...so, kitorang ni termasuk tahap yang maksima, terpaksalah dapatkan rawatan selanjutnya..memang mabeles la orang kata...lepas je buat rawatan tu, rase lengang je hidung nih..tak de la tersumbat ke, berair ke...kepala pun ala-ala ringan...tapi, tu lah...macam kitorang..benda2 yang sepatutnya keluar time buat rawatan tu tak dapat dikeluarkan sebab tersekat kat organ dalam badan, so..untuk rawatan selanjutnya..kitorang beli ubat titis..tiap2 pg and malam titis kat lidah@hidung..insyaAllah dengan izin Allah, dapat kurangkan and hilangkan resdung tu..rawatan tue kena bayar rm60..tapi berbaloi, dia akan urut badan, muka and kepala kita biar bendA2 kotor tu sume keluar..

kira teman pun syukur alhamdulillah dapat buang benda2 tu...kalo tak, sesak nafas dibuatnya,especially kalo time teman balik kg..al-maklumlah cuaca sejuk ala-ala kat kutub utara ..memang akan selalu bersin and selsema...ubat resdung dalam rm20..kira ok la..teman pakai tu, mudah je benda2 kotor tu keluar and selsema pun makin kurang..

so, bagi sesiape yang agak2 ada resdung yang kritikal, boleh la mencuba rawatan tu..memang berbaloi...dan satu, lagi teman nak citer pasal ubat mata tu, memang elok, rumate teman pakai sehari je, dengan izin Allah, 'power' berkurang...kitorang dapat tau pun lepas buat pemeriksaan mata petang td..memang dia terkejut, walhal baru sehari...so, sape yang rase nak try, belilah produk as-syifa nie...memang berkesan, insyaAllah..

yang nie set toner mata as-syifa herb untuk mata....lebih kureng dlm rm150...teman tak ingat la bape harge nye..


yang ni ubat titis resdung...rm20..kalo pandai bodek, dapat la rm15...


so, gitu lah serba sedikit benda yang teman nak promote..bukan pe, teman udah try..tu yang teman suggest kat korang sana sinun...hehehe..agak berkesan la... lagi pun, produk islam...insyaAllah selamat...

lagi pun deria2 yang Tuhan beri pada kite ni, wajarlah kite jaga and pelihara sebaik mungkin selagi ianya masih lagi berfungsi dan berguna untuk kita...jangan sampai semuanya udah ditarik balik...menyesal tak sudah plak...kan...

Sunday, January 3, 2010

:: entry for kak maria::

salam,kebelakangan ni, teman demam+selsema+batuk2..aduish! memang sangat tak larat..nasib baik la this week kelas belum mula lagi..so, bleh la melayan feeling x cihat nih.
entry kali nie special for k.maria tersayang (akak sedara teman)...hehehe..yang teringin bebenor nak nengok pic kak ana(akak sedara teman&kak maria) yang telah pun selamat diijabkabul 27 nov lepas...sume pic ni pun bukan teman yang amik nye..sume adik yang tulun amikkan..teman sibuk membantu di dapur ahaks!! poyo nak nunjuk yang teman ni rajin le benor..hehehe..
kepada kak maria-->kenapa tak datang time tue, best...sume ada tau..opah pun kitorang bawak sekali...jauh tau..perak ke seremban..dengan penuh semangat dan keazaman..opah dengan bersungguh2 nak ikut kitorang, nengok cucunya nikah..pasni, kitorang bawak opah ke penang lak..nengok cucu yang kat penang lak nikah.. =) insyaAllah.

actually, opah kitorang da hampir 85tahun da..da uzur cikit and
kengkadang ingat, kengkadang lupa..so, tak kan nak tinggalkan..gpun, kalo tinggalkan..xde sape nak jaga lak..susah dan senang..kite sume tetap bersama..kan opah..kan... =)

ok...k.maria, diharap dapat melayan pic2 kat bawah nie, theme hari sanding tu..purple...so, kami sume pulun dok cari baju kaler purple...hiks!

pelamin ari tue...nampak simple tp cantek!



hantaran dari sebelah perempuan



hantaran dari sebelah lelaki...



tadaa...tu dia pengantin perempuan...senyum lebar..tue........


saat menunggu ketibaan pengantin lelaki..berdebar2..


dia datang...dengasn lenggang lenggoknya...(ulang 3x)


akhirnya..bertemu jua.... =)


selamat bersanding......saat-saat bahagi kedua mempelai...ceeewaahhh...!



gitulah serba sedikit pic yang sempat diambil time tu...for kak maria, itu jer yang dapat akak pamerkan kat cni..hehehe...alhamdulillah sumenya selesai dengan baik..pengantin sama padan sama cantek...bagai pinang dibelah dua ..(ayat belajar time darjah 5.. hik!)

kepada kengkawan yang telah melansungkan perkahwinan@pertunangan time semester break ari tu...selamat pengantin baru and selamat bertunang..moga dikekalkan jodoh dan diberkati Allah sentiasa..amin..