Thursday, March 31, 2011

:: perpisahan itu::

Di sini, bermulanya pertemuan yang terakhir..
kehilangan amat terasa di hati..
mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir..
kuterima perpisahan ini..
dulu kita 1 jiwa, 1 impian..
susah dan senang kita bersama..
namun itu semua hanya sementara..
hanya lagu yang menjadi ingatan..
hanya lagu yang menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula..
inginku memiliki lebih dari itu..
mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir..
kuterima perpisahan ini.....
perpisahan yang tak kuduga telah terjadi..dirimu pergi biarku sendiri..

hurmm..sedih bila dengar lagu..teringat insan2 tersayang telah pergi menghadap ilahi....sangat sedih bila kita kehilangan orang yang paling kita sayang..rasa seperti dunia ini gelap segelapnya.. masih teringat sewaktu selesai majlis kenduri di rumah teman...teman dan en.vespa berborak bersama2 berdua... tiba2 en.vespa cakap teringatkan arwah emaknya..."kalaulah emak abang masih ada,mesti mak bahagia melihat anaknya yang nakal nie dah pOn bernikah... tapi abang bersyukur, sebab abang masih ade bapak yang masih sempat untuk tengOk hari bahagia abang" sedih sangat time tu... sebak je rasanya..tak sangka air mata en.vespa jatuh ke pipi...teman pOn dua kali lima le..huh! menyentuh sungguh..susah nak tengok en.vespa menangis beb! tapi time tu.memang syahdu...

setiap kali kami bermalam di rumah bapak en.vespa, seperti biasa en.vespa akan mencari + mengumpul semua gambO2 arwah maknya..time bapak ngan mak tirinya takde kat umah..time tu la projek pencarian gambo bermula..hehehe...ape2 pun yang penting awak hepy dan senang hati..sayang..

saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membahagiakan awak...selagi hayat saya masih ada..insyaAllah :)



Tuesday, March 29, 2011

:: akhirnya..milik kita :) ::

tanggal 18 mac..tiap2 tahun pasti kita tidak akan lupa, tarikh yang begitu indah untuk kita..tarikh kita mula2 kenal..mula2 mencintai antara satu sama lain..tarikh yang sangat bermakna bagi kita..setiap tahun pasti kita tidak akan lupa...18 Mac 2002 tarikh yang bermakna..dan kini, 18 Mac 2011 juga bermakna bagi kita apabila kita disatukan dengan sekali lafaz..awak menjadi suami saya...dan saya kini milik awak....sungguh saya tidak menyangka hubungan kita akan kekal sehingga kini...alhamdulillah..mOga Allah kekalkan hubungan kita sehingga ke akhir hayat..

tanpa kita rancang, segalanya terjadi dengan izinNya..."kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segalanya." saya percaya segalanya telah ditentukan...walaupun pelbagai dugaan yang kita terima, kita mampu untuk hadapinya bersama2..walaupun kadang2 kita rasakan dugaan itu sangan berat untuk kita pikul,tapi kita tetap bersama untuk menggalas segalanya..dan selepas ini, akan ada cabaran dan dugaan yang lebih besar untuk kita pikul, insyaAllah..mOga dipermudahkan segalanya..

" abang rasa bertuah jika dapat miliki sha 5 tahun akan datang. itu harapan dan impian abang. insyaAllah, abang dapat kerana abang percaya pada diri sendiri. sha berjanji pada abang untuk jadi isteri dan ibu kepada anak2 kita ye" ni ayat2 awak dalam surat cinta kita..satu2 nya surat yang pernah awak bagi pada saya sepanjang kita bersama..ini ayat last awak tulis dalam surat tu..surat yang awak bagi pada 2006...dalam kiraan saya, genap tahun nie 5tahun usia surat tu...dan saya tak sangka, apa yang awak impikan 5tahun yang lepas, telah pun terbukti kini..alhamdulillah..dengan izinNya..

saya sayangkan awak MOHD 'AIZAT BIN MOKHTAR..saya terlalu sayangkan awak...terima kasih di atas segala2nya..saya harap, mahligai yang kita bina ini, kekal hingga ke syurga.awak adalah yang terbaik untuk saya....saya sayangkan awak!~~ saat2 yang penuh mendebarkan..saya dan awak~~
~~ saya harap kita akan kekal bahagia selamanya~~

walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang kita telah lalu, sedang lalui dan akan lalui...saya harap dan sentiasa berdOa mOga kita sama2 mampu untuk menghadapi segalanya dengan tenang....

saya sayangkan awak AIZAT!