Saturday, September 5, 2009

JaSa MaK kiTa sEmUa.........

“Ibu…ibu…engkaulah ratu hatiku…
bila, ku berduka..engkau hiburkan selalu….
ibu…ibu…engkaulah ratu hatiku…”
sape pernah degar lagu nie, angkat kaki….hehehe…for sure ramai yang pernah dgr lagu nie kan…banyak lagu yang dicipta khas untuk wanita-wanita yang bergelar ibu..kan…pernah tak terfikir kenapa jadi macam tue?? Lagu untuk ayah ada tak?? rasanya, ada tu memang ada tapi jarang kita dengar kan…kan..kan..
bila kita sakit, siapa yang kita panggil..??bila kita sedih siapa yang sentiasa teman kita..?? sudah tentunya ibu kan… even, bila korang melatah..apa yang keluar dari mulut korang?? "opocot mak!!" betul tak..

For this entry, i want to share about MOTHER...
kita sebagai anak WAJIB menghormati ibu kita..jangan sekali2 menderhaka tau...ya Allah berdosanya jika kita buat sesuatu perkara yang membuatkan mak kita kecewa dan sedih....walaupun dengan menitiskan setitik air matanya... kadang-kadang, tanpa kita sedari...kita dah mengguris hati mak kita...bayangkan kepayahan mak kita mengandungkan kita 9bulan (ada yang 7 bulan...aku ler tue=) ) melahirkan kita, mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang...nyamuk seekor pun tak akan dapat gigit kita time tu...sanggup bersengkang mata untuk menjaga kita..ya Allah betapa bertuahnya kita..kan??

bila kita da besar, kita dapat masuk U...dah berjauhan dengan mak, jangan le skali2 kita berlagak dan buat endah tak endah je dgn mak kita..ye lah, bila da masuk alam remaja nie...dah ade boyfren, girlfren..kadang-kadang kita jadikan orang tu lebih penting dalam hidup kita. semua keputusan yang kita buat..dah xperlu tanya mak...tanya boyfren or girlfren jer...tiap2 hari abis kredit call n mesej boyfren or girlfren jer....mak kita???? mungkin sebulan sekali...atau mungkin time kita de masalah je call...wajar ke perkara macam tu berlaku?????
nauzubillah...

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.
jadi kita sebagai anak, buatlah apa saje yang disuruh asalkan perkara tu tak menjurus kepada kemungkaran..jangan le kita tinggikan suara, marah, mengherdik dan mencaci mak kita ..ya Allah, berdosa besarnya dan xdapat cium bau syurga walaupun kita banyak beribadat...

Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyayangi dan melebihkan mak kita. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai mak.

l- Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij.
Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya.
Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.

2- Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.
Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut.
Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup.
Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.
Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.


kengkawan..jom kita same2 renungkan..apakah yang akan jadi pada kita jika di saat ini kita mendengar berita yang mak kita telah pergi dan tak akan kembali...apa yang kita dapat lakukan di saat nie?? apa yang kita rase ketika nie??? jadi, ketika mak kita masih ada..sentiasalah buat perkara yang menggembirakan hatinya..JANGAN lah bila dah ada kerjaya yang baik, harta yang melimpah, rumah yang besar..kita gantikan kasih sayang yang mak kita berikan dengan wang ringgit..semua tue tak dapat membalas segala pengorbanan mak kita lakukan..jangan plak kita sanggup menghantar mak kita ke rumah-rumah kebajikan orang-orang tua...ya Allah..jauhkan lah....

selagi hayat mak kita masih ada, rebutlah peluang untuk membalas jasa mak kita..sentiasalah bertanya khabar, call je setiap hari...tak akan mendatangkan kerugian pun..buatlah perkara yang menggumbirakan hati mak kita...(even kena balik kg setiap minggu...hehehehe....). layan lah mak kita sebaik mungkin..tanpa mak kita, siapalah kita kat dunia nie..
Bawah nie ade video lagu"jasa bonda"...hopefully korang dapat hayatilah lagu nie....
cedih weh...........
menitis air mata aku dengar lagu nie...mak!! akak sayang mak!!! mmmuuuuaaahhhhhh....


p/s : renung-renungkan dan selamat beramal......

No comments: