Wednesday, October 28, 2009

:: KEbERkATaN HidUp::

salam dunia...salam semua...salam hari rabu...uhuks! ari nie kite citer bab Keberkatan….bak kata ibu mohd adif dalam citer dunia baru…KAP..BA..RA..KAP..ALIF..TA..NUN… KEBERKATAN.
Ye!! Keberkatan.. tetibe terfikir tentang perkara ni..ermmm.....Kengkadang kite ambil mudah dengan perkara ni. Kita anggap ianya sesuatu yang remeh dan kengkadang tidak penting pun..dan ada gak yang tak pernah terfikir tentang keberkatan..
actually, hidup kita ni semuanya telah ditentukan oleh Allah sama ada akan senang, susah, kaya, miskin, pandai, bodoh atau sebagainya pun..walaubagaimanapun, semuanya hasil usaha kita dan keberkatan yang kita perolehi daripada amalan2 dan tingkahlaku yang kita lakukan setiap saat, setiap detik, setiap waktu…tanpa kita sedari, ada perkara2 yang kita lakukan tu membawa kepada keberkatan…dan kengkadang gak kita tak perasan yang kita telah melakukan sesuatu yang tidak membawa kepada keberkatan..betapa rugi nya kalau kita melakukan perkara-perkara di dunia tanpa mendapat sebarang keberkatan..tapi, betapa untungnya kita jika kita melakukan sesuatu perkara yang hanya mudah dan kecil sekaligus mendapat keberkatan dari Allah…

huraian selanjutnya..rujuk citer di bawah ini yang mana citer ni adalah citer sebenar dari seorang ustaz.. (saya=ustaz) citer ni hanya untuk dijakdikan teladan dan menyedarkan kita...okeyss..


Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.


1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat


Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup...kan..erm..........................sekian,

p/s oleh prof izzi haji ali: renung-renungkan...dan selamat beramal... =)

Monday, October 26, 2009

:: nak exAm Ker??? ::

salam, wahai kalian semua...

tatkala ketika ini rakan-rakan seperjuangan sedang berjuang untuk menghadapi exam...maka, teman pula berjuang melengkapkan entry di blog ini...hehehe... GUD LUCK!!! for semua rakan-rakan, kengkawan, sahabat...dan seluruh warga ukm yang nak pekse dah nie...do the best! hari ni first day exam bagi student2 kat ukm nih....so, masing2 mula memerah otak yang dah lama tak diperah....(teman ler tue...uhuk!) as usual lah kan, setiap kali nak exam..teman sentiasa bergumbira, tak seperti orang lain yang pulun dan tekun study... tapi sampai ke satu tahap..teman mula akan berduka cita yakni di kala esoknya nak exam...uuuuwwwwaaaa ....

tu lah teman..study last minute, memang lumrahnya begitu..waktu zaman sekolah dolu-dolu study bagai nak rak...konon nak jadi pelajar cemerlang..hahaha..siap bangun study dikeheningan pagi just for study..rajin benor time tue...baca buku, buat latihan2, and siap buat notes2 kecik...colourful bagai...memang rajin giler weh..koje study jer... tibe masuk matrik, rajin tu kejap bertambah..kejap berkurang..tibe pulak kat u nih...konon dah dewasa lah kan...study pun dah malas..tunggu exam tu dah nak tiba..baru lah kerajinan tu muncul...sangat lah tak bagus dengan keadaan ini, tapi..teman tetap go on dengan keadaan ini...huhuhu..tak tau la kan, mungkin umur makin meningkat dewasa..dan semangat kestudyan tu berkurang....nak2 plak otak nih dok fikir perkara yang tak sepatutnya difikirkan...isk..isk..isk..

okeyss...ni plak koje kami bertiga (rumate teman=khai, cosmate teman=nazirah dan teman) petang semalam lepas jer bangun tido...kitorang p lunch, after lunch, kitorang tido balik, pastu bangun balik...dan ini lah koje kami selepas bangun tue...(makan lagi wehhh...........) actually ni lah rutin harian ketika study week..kami bertiga, kalau orang lain pagi petang siang malam dok study, but kitorang pagi petang siang malam dok melantak...huhu

pada mulanya, rasa teringin nak makan pisang goreng petang tu...dan dengan adanya jasa baik seorang rakan teman si ***h* ni yang memang sentiasa baik hati nih..kami bertiga dapat gak le makan pisang goreng tu coz si ***h* ni tulun belikan..time kacih sangat...jasamu tetap kukenang..uhuk! untuk pengetahuan sapa2 yang nak tahu, kami bertiga menyediakan sarapan, lunch, minum petang, dinner and supper...tiap hari dalam bilik..hehehe, tu sebab koje kitorang dok makan jer...ada jer benda yang kitorang orang buat dan menjurus kepada makan..makan..makan..dan makan...

erm...nengok2 pisang goreng panas yang telah dimakan abis oleh kami bertiga....sepinggan penuh tue..


keropok lekor pun ado.....

dan ini minuman kami...nescafe kacip fatimah....konon-konon bagi stamina for study ler...stamina tido kot ade lah... =)

then, ade buah tembikai sebijik yang dibelikan bersama pisang goreng ini..gara-gara si khai yang teringin nak makan buah tembikai..konon nak makan buah tembikai sejuk2 letak ais batu sume..alih2...ape jadi dengan tembikai tu..tau tak???

tembikai tu telah didecorated oleh nazirah dan khai...teman jadik pemerhati dan jurufoto..memang kata orang takde koje, cari koje...kitorang dok habiskan masa buat benda2 agak "berfaedah" nie semalam hampir 2jam.. tak tau la ape motif nyer...sape punya angkara yang mencetus idea deko-deko nih...teman pun tak tau...

taadaaa.........
lagi...

dan lagi...

itu lah kojer nye semalam....tak tau la kan...masing-masing ting tong...so, tercetus ler koje2 yang agak "berfaedah "tue....tapi..........dengan adanya kejadian semalam, maka dapat dikenalpasti bahawa wujudnya kekreatifan dalam jiwa masing2....ngeh..ngeh..ngeh..xde sesape ngajor pun, sume dibuat sendiri...hehehe...

okeysss lah....sampai di sini sajer, sok dah mula paper teman subjek PJ SUAIAN...wish me luck yea everybody..... sama kita berusaha melakukan yang terbaik..yeah!!

p/s : untuk menghilangkan ketensionan yang melampau silalah ikut jejak kami bertiga seperti di atas ye....

Sunday, October 25, 2009

>> ya Allah, maafKan akU <<

Ya Allah, Yaa Rabbi, Yaa Rahman, Yaa Rahim.



Sesungguhnya aku sangat takut bila mengingati mati. Tetapi tidak juga aku menghindarkan diri dari yang sia-sia. Dan merapatkan diri kepada yang dikatakan saham-saham Syurga. Masih juga aku cintakan perkataan-perkataan manis dunia yang sementara. Dan asyik dengan belaian-belaian fitnah yang indah pada kulitnya tetapi berulat didalamnya.


“Keluarlah engkau dari jerami-jerami batil yang menyesatkan. Pergilah engkau ke danau-danau Firdausi. Dan teguklah susu dan madu dari sungainya yang mengalir itu. Tanggalkanlah pakaian-pakaian duniamu yang berupa kelazatan dan kesukaan sementara. Dan redhalah yang Allah hummala aisya illa i’ shul akhiroh.”


“Wahai diri yang lalai. Berpeganglah engkau pada tali-tali Allah, janganlah engkau mencari tempat bergantung selain dariNya. Dan ingatlah, yang engkau itu, kun tum khoirat ukhmatin ukhrijat linnass, ta’ muru nabil makruf, watan hau na’anil mungkar, watu’ minu nabillah.”


Dan janganlah menjadi orang yang rugi di dunianya dan rugi pula di akhiratnya. Berbaik-baiklah sesama kamu dan saling memberi dan menerimalah. Juga jauhkan sombong dan bongkak kerana dengan itu iblis menjadi kafir selamanya. Tidakkah engkau menggambil iktibar?”


“Dan cintailah Allah melebihi engkau mencintai takhta-takhtamu. Cintailah Rasulullah SAW itu melebihi rintik-rintik hujan atau juga air dilautan. Letakkanlah tangan di dadamu. Dan rasakanlah zikirnya. Dengan itu tidakkah engkau takut akan Allah? Dan tidakkah engkau malu bertemuNya dalam keadaan telanjang bergini? Sesungguhnya umat ini menerima limpah rahmat dan nikmat yang melebihi dari umat-umat yang terdahulu. Dan janji-janji Allah keatas umat ini juga lebih utama kedudukannya dari umat-umat lain. Tidakkah engkau wahai diri yang leka merasa lembut hati dan belas kepada dirimu sendiri?”




Ya Allah... Tunjukkan kepada aku yang benar dan jadikan pilihan aku mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada aku yang tidak benar dan permudahkan aku meninggalkannya.

Friday, October 23, 2009

::mY beLoVed mOm:: (part 1)

Salam…tetibe hari nie, nak story tentang mak aku...part 1..

this is my beloved mom.....
MAK….satu-satunya wanita yang amat aku kagumi..sangat penyabar, penyayang, memahami dan segalanya bagi aku. Membesarkan kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang tanpa ada satu pun yang kurang. Sejak aku lahir sehingga sekarang, mak sentiasa berada disisi..mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan aku sehinggalah aku berjaya sampai sekarang..mak tak pernah merungut walaupun sesaat..kesusahan dan kepayahan mak mendidik dan menjaga kami adik-beradik tidak terbalas walau dengan apa cara sekalipun. Mak sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jika kami berduka, mak sentiasa menggembirakan..jika kami bersedih, mak sentiasa berada di sisi.. Segala masalah yang kami hadapi..mak akan sentiasa cari penyelesaian…walau dengan apa cara sekalipun…mak tak pernah memarahi aku dan adik-beradik yang lain tanpa sebab..tapi mak akan tegur jika kami memang melakukan kesalahan dan perkara yang tidak disukai.

Tatkala mak mengalami kesedihan, mak tak pernah ceritakan dan kongsi pada orang lain…sehinggalah aku dewasa.. umur aku 17 tahun (lebih kurang) tiba saatnya aku minta mak berkongsi segala masalahnya dengan aku..aku tahu, mak keberatan nak menceritakan masalahnya kepada anak-anak kerana tidak mahu ianya menjadi 1 bebanan. Mak tak pernah menunjukkan kesedihannya kepada orang lain. Sehinggakan, kadang kala aku terpaksa curi2 membaca diary mak untuk mengetahui rahsia hati dan perasaan mak.. Dari situ, aku cuba membuat perkara2 yang dapat membuatkan mak sentiasa senyum dan gembira.
Tetapi..kini, apa sahaja masalah yang mak hadapi, mak akan berkongsi dengan aku..mungkin mak merasakan yang aku makin dewasa dan dapat menjadi pendengar masalahnya. Bagi aku, apa yang aku lakukan..aku nak mak aku bahagia…segala-galanya untuk mak..walau apa sekalipun! Sejak aku study kat matrik sampailah study kat ukm nih..hampir setiap kali hujung minggu aku akan balik rumah sebab aku amat merindukan mak..mungkin ada yang mengatakan aku balik rumah setiap minggu coz nak jumpa en.vespa….tapi, hakikatnya, aku nak sentiasa berada disisi mak..aku merasakan yang aku dan mak xbleh dipisahkan…huhu (sangat betul, xtipu!!) walau mana2 aku pergi, aku akan ingat mak…so, aku tak sanggup nak berjauhan dengan mak..aku tak tahu apa yang akan terjadi jika aku ditakdirkan berpisah dengan mak…ya Allah!! Jauhkanlah semua itu..(amin..)


............me and mOm............
setiap hari aku akan mesej dan call mak…EVERYDAY…setiap pagi aku akan Tanya khabar dan makan minum mak dan setiap malam aku akan bg mesej “mak, akak sayang mak sangat2..mak jaga diri baik2..i love u..mmmmuuuuuaaaahhhhh!!! gud nite…” mungkin ada yang tidak percaya…tapi itulah hakikatnya…mak umpama nyawa aku…mak sangat memahami diri aku..bagi aku, teman lelaki aku sendiri tidak dapat memahami diri aku seperti mana mak memahami aku…mak sentiasa bagi sokongan dalam apa jua yang aku lakukan..
Takde orang lain yang boleh menggantikan mak dalam hidup aku…mak sangat istimewa bagi aku..aku bersyukur kerana dikurniakan Tuhan seorang mak yang terbaik dalam hidup aku..terima kasih ya Allah…aku berjanji dengan diri aku sendiri…aku akan mengembirakan hati mak sepanjang hayat mak…. I love u mOm!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

.........aPe-Ape SaJe........

sejak akhir-akhir nie...teman asyik busy jer memanjang...macam-macam hal perlu disettlekan...tu yang sampai xsempat nak update blog....internet pun x on...
luahan hati dan perasaan terpaksa ditangguhkan dan disimpan dulu..uhuk!
nie pun curi2 masa ckit...just for a minute!teman suka sangat dengan lirik lagu sheila majid nie.. lagu 'hitam putih kehidupan'... 2hari lepas teman terdengar..memang agak menyentuh..huhu
cuba hayati lirik lagunya bawah nie...
kalau hayati lagunya lagi best....
teman xbleh nak letak videonya kat cni..xtau nape ntah..tetibe xleh download dari youtube...
so, lirik je lah..

"hitam putih kehidupan "
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

so...how??
kalau xtersentuh...xtau la plak kan...mayb sesetengah orang yang berhati lembut macam teman jer yang mudah tersentuh dengan lirik2 lagu yang macam nih...
by the way...see again....
salam..........

Friday, October 16, 2009

mAjLis aNugErah....surpriSe!!!

ha..nie nak citer bab semalam...semalam, teman ada jemputan ke majlis yang telah dianjurkan oleh fakulti...seperti yang tertera di bawah ini...

teman pergi pun, untuk makan jer..hahaha, di samping bergambo.majlis tu bermula jam 12.00pm, tapi teman sampai lewat..disebabkan terdapat masalah teknikal..huhuhu....segan giler nak masuk dewan time tu..da masuk, tempat lak penuh, waduh..waduh...dah le time tu dekan (datin Siti Rahaya) dok berucap...nie la pantang teman kalo datang sesuatu majlis...datang lewat!! time dok mencari tempat duduk tue, nasib baiklah...urusetia program bagi kitorang (teman&kengkawan) tempat...mak aih...dok kat tempat ala-ala vip gitu..hehehe, ada hikmah ler kitorang datang lewat..
seperti biasa lah, majlis mane2 pun, musti didahului dengan ucapan kan..

bawah nie pic dekan kitorang, dekan fakulti pendidikan sedang berucap....the pinky women, cantek weh....meletops!

ini lah sebahagian para jemputan yang hadir.... pensyarah+student siswazah+prasiswazah+pelayan tetamu...ngeh..ngeh..ngeh..

memang tujuan utama ke majlis tu untuk mamam jer...so, time mamam tue..mamam puas2 ler....
ni hidangan yang tersedia....

ni ler juadahnye .....(no komens...... =) )

ha..tibe masa pic kitorang bergambo....hehehe
dari kiri, cik zai..cik sha aka teman, cik zi dan cik kama....


bawah ni pic kitorang dengan dekan, Dr.Saemah...dll...


selesai mamam kitorang pun balik ler...on the way nak balik tue, ada jamuan hari raye lak kat pusanika...wa..pe lagik,soru la....rezeki jangan ditolak....hehehhe...siap ade lambchop lagi...

then, balik bilik jer..........surprise!!!!!! romate teman ngan si zi2 dok wat surprise kat teman lak...celebrated my besday..hahaha, even da lepas bape ari...diorang siap beli cake pagi...besh nyer!!! blueberry choclate chesse cake....(haha btui ke nama cake tu...??? ) cedap ooooO...
xsangka btul la diorang ni....dalam diam....
nengok2 pic yang sempat di snap...
tadaaaA....the cake...

ya ampun! sape la ni agak sopan + ayu gitu ahaks!! poyo...
gitu lah citer semalam....de lagi cikit nak citer, lepas kitorang mamam cake sume, kitorang p mines...berlima, kami bertiga dan bf khai bersama kawan karibnya.. hehehhe...plan yang spontan...tetibe rase nak hilangkan tension...so, nengok movie papadOm....even for the 2nd round....masih xpuas!!! papadOm dihatiku....hahahaha...

Wednesday, October 14, 2009

PesTa BisKut RayE

semalam punye citer...kitorang yakni teman and nazirah balik dari kelas Dr Hasnah..dengan perut yang lapar+badan yang agak penat..kitorang berjalan terus menuju ke cafe...nak beli nasi..da tak boleh tahan da kelaparannya. sampai jer kat area lobi (belakang pejabat kolej tu) ade plak monyet2 berkeliaran lak ...aduyai, terpaksa menunggu seketika..tunggu punya tunggu, monyet2 tu dok main2 jer kat situ, bersuka riang lagik...huhu. kitorang pun cari alternatif lain, guna jalan panjang untuk sampai ke cafe...akhirnya, sampai gak hajat kitorang nak beli makanan..

rase tak sabau je nak balik bilik..nak mamam..uhuh! lapar sesangat..sampai jer kat bilik....ya Allah!! terkejut teman, bersepah bilik kitorang jadiknye...biskut-biskut raye yang romate teman bawak dari umah habis berterabur...ini semua angkara monyet dan sekutunya....argh!! geram btul..patut la tadi, jumpa kat lobi bersuka ria bukan main...dah kenyang wat pesta biskut raye dalam bilik kitorang weh....

nengok nie, habis sume kuih raye yang ada dalam bilik tu diterjah...bersepah jadiknya...


tonggang langgang dibuatnya........
cedih tau..habis sume biskut nie tak boleh dimakan lagi ..huhuhu


tingkap nie merupakan laluan utama monyet2 tue masuk dalam bilik kitorang...tengok tue, berterabut serpihan biskut...
terbantut niat kitorang nak balik terus makan.terpaksalah bersihkan bilik dulu..buang semuanya, sebab semuanya dah tak boleh dipercayai..takut2 ada air liur monyet lak nanti...
sabau je lah....monyet!! monyet!!

Monday, October 12, 2009

my BesDay On LasT SunDay...

thanks for everybody yang wish for my besday yesterday (11/10).. terharu bile dapat wish dari kengkawan..walau jauh nun di sana, tetap ingat besday teman even di penghujung tahun..huhu.

the first person yang wish besday kat teman adalah kawan teman time kat matrix dulu..namanya Chan Choy Leng aka anakku..Leng memang tiap2 tahun wish..xpernah missed..and pasti menjadi orang terawal yang wish...a LoT of thanks Leng!! orang yang 2nd wish kat teman adalah my beloved mother...mayb sepatutnya mak orang pertama yang wish, but jika nk dibandingkan...Leng lebih pantas menaip mesej, so mak jadi orang kedua...hehehe..pe2 pun, teman sangat terharu dan gumbira, thanks mak! i love u so much!!

oleh kerana hari jadi teman,teman berada dirumah, so..hari tue, kitorang buat makan2 cikit..masak cikit2 and bagi kat jiran2...mula-mula memang plan nak celebrate, but adik teman yang dok asrama and yang kat matrix tu tak dapat balik, so...just wat kecil2an je lah... mayb bulan 11 nanti baru kitorang celebrate, tunggu sume orang de kat umah..hehe, baru le meriah!

petang tu plak, teman kuar dengan en.vespa dan sahabat karibnya..Lah..kitorang p nengok citer papadOm. memang best citernye...weh! mabeles... banyak unsur kelakar dan tangkap nangis...ade satu part , yakni time Miasara bagi papadOm kat Dom...huh! menitis air mata teman..cedih giler...tapi bile kuar part kelakar, memang kelakar giler..en.vespa sampai terangkat kaki ketawa terbahak!bahak! sabau je lah....watak Que haidar sebagai Wajib Tayang memang sesuai..kelakar..hahaha.sape yang tak p nengok lagik, baik p nengok...rugi kalo tak nengok...hehehe

okeyss...sambung citer tadi, lepas nengok wayang, kitorang p mamam kat restoran D'Palma...agak mewah lah jugak restoran tue..bukan selaloO pun mamam kat situ...tak pernah pun...huhuhu..nie pun just 4 celebrated my besday...eeewaahhh=) kitorang bertiga malam tue..memang melahap ler...macam2 yang ditempahnya..sampai tak terabis...tapi memang sodap makanan kat restoran tue..en.vespa de la kasik present kat teman...hehehe, en.vespa nih bukanlah jenis orang yang romantik tau...sebelum-sebelum nie, semua special gift yang dia nak bagi kat teman, semuanya teman p beli ngan dia coz dia tak reti nak pilih...kalo dia p sendiri, pasti dia akan beli something yang berbentuk vespa untuk teman...but, for this year, tetibe jer present tue dah ade depan mata..uish! memang agak musykil pun ade..kot dah pandai beli hadiah kat teman ker...erm...teman terima je lah...yang anehnya, bentuk hadiah tue wat teman excited nak buka.en.vespa suruh teman buka kat ukm....erm, fening2..ape lah isinya...macam2 benda teman teka, sume salah...pesanan dari en.vespa " hati2 bawak hadiah nie, jangan tonggengkan, jangan hentak, pegang betul2..buka pembalut dari bahagian atas ke bawah satu demi satu.." teman xpaham nape dia pesan camtu, cuma katanya "kalau tak ikut cara dia, benda tu jadik busuk dan basi>>" agaknya teman nie agak lurus bendul...so, follow je lah kata-kata azimat en.vespa tue...dari dalam bas..sampailah ke dalam tren..teman pegang..bagai menatang minyak yang penuh...huhu..sampai je kat ukm...teman tak buka lagik, sebab perasaan takut and nervous tue ada.. sebab tak tau pe yang ade dalam tu kan....at the last, balik dari kuliah, teman pun buka....buka pun hati2...dari bahagian atas ke bawah...then, buka je penutup bekas tu..nengok 2 ada bulu tangkis..."ape kekdahnye ini sume?????" teman pun teruskan lagik...tarik2...dalam bekas tu, ada sampah kertas lak...tarik2 lagik...uuuwaaa...ada beg ..huhuhu...geram+terharu+gumbira+semua ada...huhuhu, nape la tak cakap awal2 yang benda tue beg...punya lah teman jaga barang tue...huhuhu...sabau..sabau...memang en.vespa sengaja nak kenakan teman..memang dari dulu selalu tau terkena...huhu..sedih giler.

nie lah hadiah tue ketika belum dibuka...teman bawak menegak je tau...jaga sangat...udah macam lemang pun ade...musti orang ramai ingat teman bawak lemang..huhu

tadaaaa....nie lah benda yang terisi dalam bekas ala-ala lemang tu...ropenye beg..huhuhu...memang suspen btui...ingatkan mende lah...memang nakal ler diorang berdua menipu teman...huhu..but, i love this bag!!
beg ni mengimbau kenangan silam teman dan en.vespa dahulu kala...huhu, en.vespa dolu-dolu buat beg sendiri p sekolah...sejibik sejibon macam beg yang dia bagi kat teman tue...beg yang en.vespa buat tu, memang cantek..jahit sendiri beb....time dia nak ngorat teman, dia pakai ler beg tue...tiap2 hari p skolah..bawak beg yang dia jahit sendiri nih...memang stylo..sume orang berkenan coz xde lagi di pasaran time tu.memang kreatif en.vespa nih...suke benor bab2 menjahit , teman lak..paling tak suka bab menjahit...failed!! tapi, sekarang banyak jer beg pattern camtu..so, dia beli and hadiahkan pada teman...dia nak singkap kembali kenangan kami...uuuwaaa....rindunye zaman dolu-dolu...sangat seronok...
sekarang da makin dewasa...ermmm.......

hadiah yang nie lak dapat dari cik mun...


selepas di buka......


the cutest casing.... cik mun tau teman suke kaler purple....tu yang dia p beli casing nie kaler tu...teman suke tau...every year cik mun kasik hadiah....time kasih banyak2 cik mun (bestfren teman....huhu) jasamu tetap ku kenang....ceeewaaaahhhhhhhhhh....

by the way, thanks for all my fren yang ingat besday teman...siap ade yang wish melalui sms, call, facebook, frenster...ym, kad pun ada...huhu, sungguh terharu...thanks korang sume...u all are my bestfren 4ever!
especially for my mother...mak tiap2 tahun akan wish untuk teman...mak...akak sayang mak sangat..sangat..sangat!! mak mesti akan beli kek and present..even hadiah tue kecik, tapi sangat bernilai...mak..akak sayang mak! takde sape leh ganti mak dalam hidup akak...
2nd..thanks for en.vespa...u always make me happy...u r the special person in my life...
mom n en.vespa, i love both of u...so much!!!!!
thanks...for everythings...........












Thursday, October 8, 2009

ReaLiti KehiDupaN...KisaH PapAdOm......

malam semalam..teman rasa penat sangat, tetibe rasa nak tido awal daripada kebiasaannya..then, about 10.45pm, teman dah off the laptop..baring2 atas katil..terlelap...tetibe, phone teman berbunyi..aduh! sape lak yang call nih..nengok2 p.cik teman..kitorang pun borak2 kosong je la..teman agak pelik bcoz jarang gak p.cik teman nie nak call, even kitorang agak rapat. sebenarnya, p.cik teman yg nie kawen dgn adik mak teman(kira dia nie adik ipar mak)..but, kitorang very close..sometimes, kitorang sharing2 our problems..semalam, p.cik teman banyak bercakap...macam2 yang dia ceritakan, teman just jadik pendengar setia je lah..while kitorang dok bersembang tue, p.cik tetibe masukkan masalah dia dgn wife dia...erm...teman kenal wife dia macam mana..and teman tau perasaan dia..actually, family dia xde ape2 big problems, just a bit problem yg maybe berpunca from his wife...teman rasa that's the personal problem, so..xleh citer kat cni..but, the moral of the story..teman dapat citer yang kita sebagai perempuan nie, jangan lah terlalu ego kalau kita berpendidikan tinggi berbanding pasangan.. bila ego tu menguasai diri, tue yang menyebabkan seseorang tu durhaka terhadap suaminya..kalau kite ditegur, terimalah teguran tue dgn baik dan bersyukurlah coz ade gak orang yang caring about u..kan..kengkadang, luaran juga tak menggambarkan dalaman, even pakai tudung labuh segala, mengaji kat ustaz tiap2 minggu pun, perangai still macam ntah ape2..tak pernah nak mengaplikasikan apa yg dipelajari dalam kehidupannya..tak guna gak semua tue. that's not mean tudung labuh and mengaji kat ustaz tue yang salah, but nawaitu yang ada dalam diri seseorang tu yang paling penting..apa yang penting, bak kata p.cik teman semalam.. niat kita melakukan sesuatu dalam dunia nie adalah untuk ibadah, sejauh mana kita nak meninggi diri sekalipun, kita akan tetap kembali kepadaNya. ni tak, bila nengok je orang yang pakai serabai, macam kutu jalanan..kita dah judge dia yang bukan2..itu akan menjadi fitnah dan kita dah berdosa besar..apa yang kita tau tentang diri orang tue?kita tau nawaitu dia? so...tepuk dada, tanyalah iman...
bak kata p.cik teman, "jika ada orang yang terlampau pandai tetapi tak pandai nak mengaplikasikan kepandaiannya kepada perkara yang betul, itu lah orang yang paling bodoh sebenarnya..." setakat tue je lah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..

ha!! nie masuk bab tayangan filem papaDom hari nie...katanya citer nie best..afdlin punyer citer...sudah tentu la best kan...jom kite nengok ramai-ramai..ramai pelakon yang hebat2 dan best dalam citer nie cth: afdlin, norkhiriah,liyana jasmay, vanida imran, farid kamil, que haidar..and ramai lagi..

sinopsis citer nie adalah Mengisahkan Saadom seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya. mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta??? wa..macam best je kan.. teman maybe balik umah hari nie..so, pe lagi...nak ajak en.vespa p nengok citer nie...hopefully, dia tak busy..yeah!!

Wednesday, October 7, 2009

fiNallY...and WhEn SpeCiaL EducAtiOn TeaCher MeEt CamEra

akhirnya, termaktub sudah jawapan yang menjadi tanda tanya teman dan kengkawan teman mengenai program kitorang di padang Indonesia.selama beberapa hari ni, teman agak tension dan emosi x stabil dek kerana program nie. pada mulanya, petang semalam about 5pm, kitorang de meeting dgn penyelaras program tue, di mana penyelaras tue suruh kitorang pergi..katanya TNC dah beri greenlight..but, de juge di antara kitorang yang parents xbagi pergi..atas alasan keselamatan memandangkan keadaan di Padang yang agak kritikal sekarang nih, termasuk teman..oleh yang demikian, semua agak berat hati untuk pergi, tapi berat juga mulut untuk bersuara....ermmm...then, kata putus telah dibuat semua orang akan pergi. meeting pun abis about 6.15pm..tapi, on 6.30pm, semua orang dipanggil semula ke tempat mesyuarat kerana ade berita penting untuk dibincangkan..akhirnya, ade kesilapan teknikal yang memang kitorang xdapat lagi nak elakkan,menyebabkan kitorang semua membuat keputusan untuk tidak pergi. penyelaras program agak kecewa dan sedih dgn sikap kitorang, dan dia juga agak marah..erm, kitorang pun xjangka akan berlaku macam nie.. tiket flight yang telah kitorang beli dan sepatutnya berlepas hari burn lah...(sayang nye..rm250 weh..) pe2 pun, kitorang akan still buat program dalam malaysia yang hampir sama dengan program yang sepatutnya dibuat di Padang..mungkin, dengan keputusan yang telah dibuat, ade orang yang gembira..dan ade juga yang keciwa...ape yang penting...semuanya telah ditentukan Allah......

okeys....masuk citer cikgu2 pendidikan khas yang giler glamour...hahaha, pantang jumpe camera..sume nak bergambar...semalam kitorang ade fotoshoot kat fakulti..sementara menunggu senior2 kitorang bergambar di cuaca yang terik lagi membosankan....kitorang pun buat fotoshoot sendiri...posing sana..posing sini...aduh!! ngalahkan artis ...

mai kite nengok gelagat dan aksi2....the teachers......


3 gadis ayu...not ayu OIAM..yea..cik sha, cik da dan cik min....with the cutes topi...


cik nadia dan cik min(merenung masa depan) cik muny dan cik da ( kekesalan..) en.din dan cik sha (pandang camera..pencing tu..pencing..hehehe) cik mun...di mana kamu??
oOps..terlebih sudah..gaye konon2 model antarabangsa...sume senyum simpul...manis gituk...
kitorang lagi kan...hehe, da kitorang jer yang giler camera...haha..

ha..nie gambo kitorang 1 batch(3rd year ) bersama props yang disediakan oleh jurufoto tue..
say UUUUUUUUUUUU.......

ala-ala terkezut gitu...tapi muke teman macam xterkezut pun...xsempat nak gimik...

another pic....gaye ala-ala manje...hahaha, poyo je kan....macam2 ada..
ececeh....

the last one...formal pic..batch 3rd year...but, xsume yang ade dalam pic nie..coz de yang xdapat datang bcoz of masalah2 tertentu..

berdiri dari kiri : haida, leni, Ooi, kama, intan natasya, yan ting, murni, amy,min, nadia,samini,tasha
duduk dari kiri : dayah, kak liza, kak rohaya, abang sham, rahman, silas, bidin, kak khadijah, munyati, raida
gitu lah cite semalam....ada duka, ada suka....segalanya telah ditentukan...kan..kan..kan...
ari nie, off day...teman nak rest..selama beberapa hari membusykan diri. ponat weh...sabau je lah..

Monday, October 5, 2009

VesPa oH veSpa.....

vespa..oh vespa....entry kali nie mengisahkan encik vespa dan minatnya terhadap vespa...sejak teman kenal en.vespa hampir 8tahun nie, minat dia kat vespa tak pernah hilang..ape pun yang berlaku..vespa tetap di hati..uhuk!! jeles teman...
pernah gak teman tanya dia, ape lah yang ade kat vespa tue sampai dia benor2 minat.. then dia jawab..keunikan yang ade pada vespa xde kat motor lain...huh!! ye ker?? teman pun tak pasti la..sejak kenal dgn en.vespa, dah hampir 4/5 bijik vespa yang dia pakai...erm..bukan sebab dia saje2 tukar ganti vespa, atau dia orang kaye benor suke suki beli vespa ikut mood..tapi sebab vespa dia hilang..then terpaksa beli yang lain..1st kes dia punya vespa hilang teman xingat katne...yang teman ingat, vespa tue warne ijau pucuk pisang..2nd kes pun hilang..but i dun remember la....hilang katne and bile..3rd kes vespa dia hilang kat peneng, time tue..dia study kat sane...waduh!! gamat dunia teman dibuatnya. vespa dia hilang, bagaikan dia hilang bini..habis sume orang dia call..first dia call mak teman..ngadu2 sume...mak cakap, suare macam nak nangis jer..hehehe,then dia call teman..time tue teman kat matrik, dia call buat aduan..ala-ala report polisi gitu...teman nie, dengor aje le...nak wat pe lagi...bagi nasihat and suruh sabau je la...teman pun sedih gak time tue..xtau nape, before nie..vespa yang lain hilang, teman wat bodo jer..siap cakap dalam hati...syukur..hehehe, time tu teman xminat sangat vespa nih...macam xde perasaan je la, tapi yang kali ni lain macam plak..tetibe terharu dan sedih...siap nangis lagik..(huhuhuhu...) dia memang sayang sangat dgn vespa yang 3rd nih..dah le baru renovate and makeup segala bagai...tetibe hilang camtu jer...kejam sungguh orang yang mencurik tue..
nengok nie pic kenangan en.vespa bersama 3rd vespa yang dicurik itu..

cedih tau...time nih, en.vespa sampai mengalami gangguan emosi cikit..tapi hanyalah di tahap minima...hehehe. tapi, tidak puas lagik....even da 3kali hilang, minat dia kat vespa memang dalam...en.vespa beli lagi vespa yang lain,yang terbaru nie, hok yang WPC 1754..kaler hitam... erm.......teman hanyalah sebagai penyokong di sebalik tabir je lah...walaupun hakikatnya, teman xminat sangat pun, tapi dah lame2 tue...minat tue pun muncul...mane tidaknya, bile jumpe jer en.vespa...pasti dia bawak vespa, citer tentang vespa...segalanya vespa...
sampaikan kalau nak bgi special gift for besday or any event, just give him something which have pic vespa and so on..memang dia akan hepy..so, teman memang senang sajork...carik je la sume yang berkaitan dgn vespa...teman ingat lagi, ade satu ketika..en.vespa g holiday kat pulau pangkor ngan kengkawan ofis dia..then, time berada kat pangkor tue, dia call teman..dia cakap dia de beli something yang sangat special...wah!! time tue, rase teruja jer..xsabau nak nengok benda special yang dia beli tue...bile dia dah balik, teman jumpe dia..then, tanya lah dia..pe benda yang special sgt tue...tadaaaa....dia tunjuk replika vespa dari ukiran kayu....uhuk!!ingatkan ape lah.. keciwa teman..memang minatnye kat vespa xdapat lagik diungkap dgn kata2 ...uhuhu...sabau...sabau...kemana2 sajer, vespa tetap di hatinye.
tengok lah...en.vespa dengan buah hatinya...eh, cilap...buah hati kawan dia kot...uhuk...
nie beberapa jenis vespa...kengkawan dia punyer...saje nak tayang dalam blog nie...

ha...nie baru buah hati nye....kemana saje, pasti berdua..memang jeles weh....

nie...la...buah hati pengarang jantung en.vespa sekarang....hopefully, yang nie stay la dgn dia sampai bile2...no curik2 lagik....

en.vespa memang busy dgn mengaktifkan dirinya dalam dunia vespa, coz dia join the royal club of vespa kuala kangsar..eh, btl ke nama club tue?? aduish! hentam saja lah.. kengkadang tue...kalau de cuti panjang jer, ade je konvoi ke situ la..ke sini la.. dgn geng2 vespa dia..erm, memang teman rase jeles jer..tapi, ape kan daya...sabau je lah..and kena la memahami dia... ada gak kadang2 tue perasaan jeles dgn si vespa tue meningkat ke tahap yang maksima...tapi, lame2 cool balik...ye lah, vespa tue ditouch up..digilap..dibelai..dijaga..di...ape2 lah..setiap ari kan...uhuhu...musti la teman jeles..dah le setiap ari berkepit jer berdua...tak aci!! ini tidak adil...hua..hua..hua...ngan vespa pun teman nak jeles kan...(poyo jer.....)






Sunday, October 4, 2009

nOsTalgiA Raye.....

salam...erm, sejak beberapa hari nie, kesibukan yang melampau membuatkan teman berada di tahap yang kritikal dari pelabagai aspek termasuklah fizikal, mental, emosi dan macam-macam lagi la...oleh yang demikian, xdapat ler nak berblog...moOd pun hilang...sabau je la....


pepagi nie baru ler tetibe moOd nak menaip untuk entry nie ade..sedar tak sedar, dah setengah bulan kita berada di bulan syawal..kira-kira dah 15 hari la kan....erm, teringat time raye...huhuhu, bila dikenangkan, sedih tau raya tahun nie coz dok umah jer melayan tetamu......hinggakan raya ke-4 ke ke-5 baru teman dapat keluar beraya umah sedara....umah teman memang ramai tetamu yang datang tak kisah la time raye ke idak.. actually, seronok dan meriah...hehehe, ye lah berkumpul ramai-ramai..sampai 1 tahap tu, dua-dua belah famili datang, so..famili abah dok kat dapur, famili mak dok kat ruang tamu...sampai dah tak muat umah teman dibuatnya...time tu, tak tau dah camne la nak melayan..kat dapur ade, kat depan ade..isk..isk..isk..
tapi, meriah weh......
tu la sebabnya, 1hari before raye, kitorang akan busy.. nak buat lemang and rendang..mak n abah akan buat lemang banyak .....hampir 60-70 batang..bukan pe, sume tu diorang prepare supaya sume tetamu yang datang umah kitorang merasa...itu pun, kengkadang tak cukup gak..memang teman kagum dengan semangat mak uhuhu...kalau teman , tak tau la...hehehe..
nengok nie, pic lemang yang sedang di bakar...banyak kan??

teman nie kira orang kuat la dalam umah...uhuhu (kuaT ker??) bukan la kuat dari segi fizikal, but...sebagai anak perempuan sulung...kerja-kerja dapur tu, mak serahkan je la kat teman...time nie mak memang busy dengan lbakar emang, so teman le yang akan menjadi ketua memberi arahan ...hehehe. sangat lah best bile ade ramai adik perempuan, mudah mintak tolong wat koje...
cik syirah-diarahkan memotong ayam
cik hanim- diarahkan memotong daging
cik wanie-diarahkan mengemas/hias rumah mane2 yang patut...
cik tasha-?????
teman jadik pemerhati...hahahaha....tak de lah sampai kejam sebegitu...teman buat koje mane yang patut...
kat bawah nie ade la beberapa pic yang yg telah diambil oleh mereka yang berkenaan...bila teman dah busy, adik-adik teman mula la menggunakan kuasa veto mereka menggunakan camera teman sesuke hati...huh! bila check, nengok ade gambo2 yang menunjukkan aksi terlampau..(nanti teman citer dalam entry lain)



nie pic bersama adik-beradik perempuan dan emak n abah tersayang...sayang sangat-sangat..yang lelaki ada yang tak balik lagi dari masjid..uhuh, teman tak sempat tukar tudung da time nih...pakai tudung wat keje jer...huhuhu...macam orang tua....huhu...........



ha dari kiri : alin (anak sedara teman, cik tasha, cik hanim dan cik wanie)


ha ni lak, pic kitorang berempat...duduk di bawah dari kiri teman ler and cik wanie (skrang form 3) duduk kat atas kerusi tue dari kiri cik syirah (skrang study kat matrik) dan cik hanim (skrang form 5)...yang budak kecik tue anak sedara kitorang gak..namanya muhd Asfar Farish...diterbangkan dari Johor...





teman nie, kalo berjalan ngan adik-adik teman, sume orang ingat teman le adik paling bongsu..ahaks!! best weh..time raye tu, ade la sedara sebelah abah bagi duit raye..dia just bagi kat teman dengan cik wanie..cik hanim dan cik syirah..ngak dapat dong...coz pak cik tu ingat diorang kakak..hahahah..incident nie banyak kali gak berlaku..keuntungan berpihak kepada teman...hehehe..
nape ntah diorang ingat teman nie adik...hehehehe...mayb tak nampak matang?? atau tak nampak tua?? hahaha...lu pikir la sendiri....assalamualaikum! (kata bang Bil)













Saturday, October 3, 2009

...........^_^...............

salam...erm..buat mase sekarang nih,tak de mood sangat nak update blog..nie sume gara-gara program ke
Padang ,Indonesia...
tension nyer.....
ape pun dah tak boleh buat...
just berserah je la... =(
ya Allah..berila petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai....amin.