Friday, October 23, 2009

::mY beLoVed mOm:: (part 1)

Salam…tetibe hari nie, nak story tentang mak aku...part 1..

this is my beloved mom.....
MAK….satu-satunya wanita yang amat aku kagumi..sangat penyabar, penyayang, memahami dan segalanya bagi aku. Membesarkan kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang tanpa ada satu pun yang kurang. Sejak aku lahir sehingga sekarang, mak sentiasa berada disisi..mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan aku sehinggalah aku berjaya sampai sekarang..mak tak pernah merungut walaupun sesaat..kesusahan dan kepayahan mak mendidik dan menjaga kami adik-beradik tidak terbalas walau dengan apa cara sekalipun. Mak sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jika kami berduka, mak sentiasa menggembirakan..jika kami bersedih, mak sentiasa berada di sisi.. Segala masalah yang kami hadapi..mak akan sentiasa cari penyelesaian…walau dengan apa cara sekalipun…mak tak pernah memarahi aku dan adik-beradik yang lain tanpa sebab..tapi mak akan tegur jika kami memang melakukan kesalahan dan perkara yang tidak disukai.

Tatkala mak mengalami kesedihan, mak tak pernah ceritakan dan kongsi pada orang lain…sehinggalah aku dewasa.. umur aku 17 tahun (lebih kurang) tiba saatnya aku minta mak berkongsi segala masalahnya dengan aku..aku tahu, mak keberatan nak menceritakan masalahnya kepada anak-anak kerana tidak mahu ianya menjadi 1 bebanan. Mak tak pernah menunjukkan kesedihannya kepada orang lain. Sehinggakan, kadang kala aku terpaksa curi2 membaca diary mak untuk mengetahui rahsia hati dan perasaan mak.. Dari situ, aku cuba membuat perkara2 yang dapat membuatkan mak sentiasa senyum dan gembira.
Tetapi..kini, apa sahaja masalah yang mak hadapi, mak akan berkongsi dengan aku..mungkin mak merasakan yang aku makin dewasa dan dapat menjadi pendengar masalahnya. Bagi aku, apa yang aku lakukan..aku nak mak aku bahagia…segala-galanya untuk mak..walau apa sekalipun! Sejak aku study kat matrik sampailah study kat ukm nih..hampir setiap kali hujung minggu aku akan balik rumah sebab aku amat merindukan mak..mungkin ada yang mengatakan aku balik rumah setiap minggu coz nak jumpa en.vespa….tapi, hakikatnya, aku nak sentiasa berada disisi mak..aku merasakan yang aku dan mak xbleh dipisahkan…huhu (sangat betul, xtipu!!) walau mana2 aku pergi, aku akan ingat mak…so, aku tak sanggup nak berjauhan dengan mak..aku tak tahu apa yang akan terjadi jika aku ditakdirkan berpisah dengan mak…ya Allah!! Jauhkanlah semua itu..(amin..)


............me and mOm............
setiap hari aku akan mesej dan call mak…EVERYDAY…setiap pagi aku akan Tanya khabar dan makan minum mak dan setiap malam aku akan bg mesej “mak, akak sayang mak sangat2..mak jaga diri baik2..i love u..mmmmuuuuuaaaahhhhh!!! gud nite…” mungkin ada yang tidak percaya…tapi itulah hakikatnya…mak umpama nyawa aku…mak sangat memahami diri aku..bagi aku, teman lelaki aku sendiri tidak dapat memahami diri aku seperti mana mak memahami aku…mak sentiasa bagi sokongan dalam apa jua yang aku lakukan..
Takde orang lain yang boleh menggantikan mak dalam hidup aku…mak sangat istimewa bagi aku..aku bersyukur kerana dikurniakan Tuhan seorang mak yang terbaik dalam hidup aku..terima kasih ya Allah…aku berjanji dengan diri aku sendiri…aku akan mengembirakan hati mak sepanjang hayat mak…. I love u mOm!!!!!!

No comments: