Sunday, March 28, 2010

:: kEinDaHan raSa CinTa ::


Cinta tidak mati. Cinta itu abadi. cinta tiada batas darjat dan juga cinta tidak kenal usia. Apabila bercinta, jiwa raga dibuai gelora asmara, jantung berdegup kencang, minda tidak keruan, tanah tidak berpijak, diri sentiasa di awangan. Perasaan sentiasa mencengkam kalbu. Cinta mengetuk pintu hati, mengajar erti kasih, lalu kasih memupuk rindu. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Cinta itu ada kuasa luar biasa. Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana cinta.

Cinta datang tanpa dipaksa. Hadirnya tanpa diundang tanpa diharap. Ia mungkin berputik dari mata turun ke hati. Ia mungkin dari bicara yang melunakkan atau barangkali dari aura karisma. Kalau jatuh hati, hati jadi sakit, jatuh sayang, jiwa terseksa tetapi bagaimana jika jatuh cinta?? ia menggamit rindu. Setiap langkah dirantai kasih. Setiap bicara mengalun keasyikan. Kasihnya mengundang ketenangan. Sentuhannya membangkit kemesraan. Cinta mengungkap kesetiaan. Apabila ia berlabuh dalam sebuah hubungan ia menyimpul ikatan bunga kejujuan. Ikatan suci cinta tidak layu tidak akan pudar ditelan zaman. Namun adakala cinta tidak seindah yang kita angankan. Benar cinta itu mampu membahagiakan tetapi tidak kurang menyakitkan. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan.

Kata orang, jika kaki yang sakit, kita hanya tidak dapat berjalan namun jika hati yang sakit, kita akan hilang kebahagiaan. Apabila cinta putus di tengah jalan, bangkit dan mulakan dengan cinta baru. Patah tumbuh hilang berganti. Usah mengharap pada yang tidak sudi. Jangan terikat kepada cinta yang telah pergi.

Jangan berikan cinta jika kita tidak bermaksud. Jangan main-main cinta jika hati tidakk cinta. Jangan sekali-kali membuat orang jatuh cinta sedangkan kita tidak berniat langsung untuk menerimanya saat ia terjatuh. Cinta itu hanya istimewa jika diberikan kepada yang layak menerima. Memang cinta itu agung tetapi rasa kasih dan sayang boleh mati. Apabila hilang rasa sayang maka hilang juga rasa cinta.

Cinta memang tidak mementingkan wang tetapi wang penting untuk memelihara cinta. Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal beerti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara jika rindu tak lagi menunggu di hujung impian. Ingatlah cinta yang Hakiki adalah Cinta Pada Ilahi...

p/s : special dedicatiOn fOr jijOl ;)

No comments: