Tuesday, July 27, 2010

:: Hidup biarlah sentiasa menghargai ::


Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha untuk memperoleh kesempatan
untuk bersamanya seumur hidupmu
kerana ketika dia telah pergi
segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yang dipercayai
rukunlah bersamanya
kerana seumur hidup manusia
teman sejati tidak mudah ditemukan

Saat bertemu penolongmu
ingat untuk berterima kasih kepadanya
kerana dialah orang yang mengubah hidupmu

Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dan tersenyum untuk berterima kasih
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti
tentang kasih

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci
sapalah dengan tersenyum
kerana dia membuatmu semakin teguh dan kuat

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu
baik-baiklah berbincang dengannya
kerana jika bukan kerana dia
hari ini engkau tak memahami dunia ini

Saat bertemu dengan orang yang pernah diam-diam kau cintai
berkatilah dia
kerana saat kau mencintainya
bukankah kau berharap dia bahagia

Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu berterima kasihlah bahawa dia pernah ada dalam hidupmu
kerana ia adalah bahagian dari nostalgiamu

sungguh tertarik dengan kata-kata ini ketika membacanya...semOga kelahiran nisfu syaaban pada kali ini membawa kita ke arah yang lebih positif dan mematangkan diri..sentiasalah menghargai Orang lain kerana kita sendiri memerlukan penghargaan...

terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini. andai perjalanan hidup ini mematangkan diri ini, anda semua adalah sebahagian daripada kematangan itu....

2 comments: