Monday, April 11, 2011

::ciri-ciri wanita solehah ::

wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita yang solehah...sudah tentu kita yang bergelar wanita mengimpikan status itu kan..kan.kan..insyaAllah, jika kita betul melaksanakan segala perintahNya....meninggalkan segala laranganNya, insyaAllah... selepas berkahwin nie, teman dapat rasakan tanggungjawab yang amat besar perlu dipikul sebagai seorang isteri...sangat berbeza dengan zaman anak dara dulu...walaubagaimanapOn perwatakan yang ala2 'childish' masih ada..hehehehe...

sepanjang teman menjadi fulltime houswife nie, buku2 terbitan al-hidayah le yang jadi peneman tatkala keseOrangan di rumah..ehehehe..hilangkan kebOsanan disamping menambah ilmu yang bermanfaat.insyaAllah....buku pemberian en.vespa wajib dibaca...very interesting..apabila sudah bertukar status...memang syOk la bace...sebab ape?? sebab bOleh terus dipraktiskan dalam kehidupan seharian,.....isk..isk..isk..tak baik nya teman ni kan......

meh sini teman kongsi dengan anda semua...sifat-sifat wanita solehah...
  1. Taat kepada Allah dan Rasul
  2. Mengutamakan amalan2 yang membantu menegakkan agama Allah
  3. Berbuat baik kepada ibubapa
  4. Sentiasa menderma ke jalan Allah
  5. Sentiasa berbaik2 dan menyenangkan hati jiran
  6. tidak pernah berdua2an bersama lelaki ajnabi
  7. tidak berhias seperti wanita zaman jahiliah
  8. Menutup aurat
  9. tidak keluar rumah tanpa ditemani suami atau muhramnya
  10. menjaga akhlak di luar dan di dalam rumah
  11. sifat dan tingkahlaku yang menyenangkan hati suami
  12. sentiasa melayani suami dengan kemesraan dan menyenangkan hati suami
  13. tidak keluar rumah tanpa izin suami
  14. taat dan sentiasa berbakti kepada suami
  15. tidak mengeluarkan kata2 kesat yang boleh menyakitkan hati suami
  16. sentiasa diredhai suami( minta maaf setelah melakukan kesalahan)
  17. melakukan 4 perkara secara istiqamah dan penuh keimanan ( solat 5 waktu, puasa ramadhan, jaga maruah diri, taat pada suami)
  18. berketurunan banyak anak, subur dan penyayang terhadap anak2
  19. amanah dan berhati2 mengguna harta suami
  20. takut untuk melanggar perintah Allah dan suami
  21. tidak bercakap dengan nada manja dan menawan lelaki lain selain suami
  22. tidak pernak menolak hajat suami untuk berjimak walau ape pon keadaan
  23. sanggup melakuakn apa sahaja untuk memuliakan suami
  24. sabar dengan karenah dan kezaliman suami
  25. redha dengan kandungan hasil dari suami yang sah dan ambil berat menjaga anak2 yang dilahirkan
  26. sentiasa menjaga rahsia rumahtangga dan rahsia sulit suami
  27. sentiasa berpuashati dengan apa sahaja pemberian suami
  28. tidak pernah membantah cakap suami
  29. tidak pernah menuntut cerai walaupun kehidupan tidak bahagia
  30. tidak memakai bau-bauan ketika keluar rumah
  31. sentiasa menghormati keluarga suami
  32. sentiasa memelihara mata dari melihat lelaki bukan mahram
  33. janda yang tetap memelihara maruah dan memelihara anak2 yang kematian suami
  34. wanita yang rendah mas kahwinnya :)
ini adalah diantaranya, ekceli banyak lagi...mOga kita sama-sama berlumba untuk menjadi wanita yang baik..jangan kita tiru wanita barat yang rosak moral tetapi, tirulah srikandi Islam yang sepatutnya dijadikan contoh tauladan untuk kita..mudah2an kita semua menjadi wanita solehah... insyaALLAH

renung-renungkan....selamat beramal :)

No comments: