Thursday, August 12, 2010

:: berTemu janji Allah (Intro) ::

Manusia di sisi Islam tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetapi kejayaan hakiki adalah sejauhmana mereka berusaha menyingkap segala keperluan hidup yang abadi iaitu akhirat.

Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia. Kegaggalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. keresahan di padang mahsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat terbeliak dengan azab itu. meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.

kata Hassan al-Basri, pada hari itu, semua muka manusia itu terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan.

" Dan dikatakan kepada orang-orang kafir : berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat. Bukankah Aku telah memerintah kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKU. Inilah jalan yang lurus. sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar diantara kamu. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Inilah jahanam yang dahulu kamu diancam (dengannya). Masuklah ke dalamnya pada hari ini desibabkan kamu dahulu mengingkarinya"
(surah Yassin : ayat 59-64)
di bulan yang mulia nie, kita sama-sama berdOa moga dijauhkan daripada gangguan syaitan yang dikhianati ini.. insyaAllah :)



No comments: