Friday, August 20, 2010

:: hiLangnya sebutir permaTa::

semalam... tanggal 9 Ramadhan, hilang lagi sebutir permata bagi keluarga kami.. atok sedara teman, Ustaz Bukhari Harun (adik kepada arwah tokyah teman) telah pun pergi mengadap Ilahi pada jam 5.30 petang semalam..sedih sungguh rasanya. kehilangan Tok Chik sangat2 terasa.. sebelum ini, beliaulah tempat kami semua bersoal jawab agama, bergurau senda.. sangat manje dan penyayang..selepas arwah tok yah tiada.. hurrmmm....

terkejut bila teman dapat panggilan dari mak yang mengatakan Tok Chik sudah tiada.. rasa macam tidak percaya..masih terbayang2 muka arwah bila beliau senyum tatkala jumpa.. teman dapat bayangkan yang mak lagi terasa sebab mak lebih rapat dengan arwah Tok Chik.. hurmm... sedih sangat2, ketika menaip entry ini..menitiis air mata bila mengenangkan..arwah tokyah, arwah tok chik... teman dapat merasakan seluruh sanak saudara kami merasakan kehilangan tok chik..

seperti juga sewaktu kehilangan arwah tokyah teman (tok teman).. pemergiannya tidak dapat kita jangka..arwah tokyah teman meninggal pada hari raya Aidil Adha ketika membacakan khutbah di dalam masjid Annur, Kuak. dengan izin Allah, ketika membaca khutbah sewaktu itu, arwah tokyah terus rebah.. dan terus diambil nyawanya ketika di dalam masjid itu..kami sekeluarga terkejut dan tidak menyangka perkara itu akan berlaku kerana arwah tokyah sebelum ini sihat dan tiada masalah kesihatan.. sesungguhnya..apabila Allah menyatakan JADI, maka JADILAH.. ajal dan maut, semua ditangan-Nya..


~~ gambar kenangan Tok Chik ( Ustaz Bukhari Harun) ~~

tok chik dalam ingatan~~
arwah Tok Chik merupakan bekas pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan KK dan Kolej Islam Malaya Kelang. beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Malacca High School dan SMK Raja Chulan Ipoh dan seterusnya menjadi Nazir di sekolah2 Menengah Agama Perak. beliau kemudian berkhidmat sebagai Khadi di Bagan Serai, Lenggong dan Kuala Kangsar. setelah bersara, beliau bertugas secara kontrak sebagai penyelia masjid kawasan Lenggong di samping menjadi guru dan pendakwah bebas..

semOga rOh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan di samping orang2 yang beriman.. amin

Al-Fatihah~~~

p/s : dunia sudah akhir zaman.. para alim ulama telah ramai pergi mengadap Ilahi.. sesungguhnya kita yang masih diberi nafas dan peluang untuk hidup, seharusnya tingkatkan amalan mOga kita tenang dan bahagia di akhirat kelak.. insyaAllah...

No comments: