Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara.
Semalam dugaan yang agak sukar untuk teman tempuhi....tak sangka perkara ini akan berlaku juga. ya Allah tabahkanlah hati, tetapkanlah iman hambaMu ini untuk terus berhadapan dengan setiap ujian yang Engkau berikan... beri petunjuk dan hidayah untuk hambaMu ini mencari penyelesai bagi setiap dugaan yang Engkau berikan... aku percaya akan hikmah-Mu..
No comments:
Post a Comment