Assalamualaikum..
hari ni, kesihatan teman agak kurang baik,selsema la pulak.. nak kata kena hujan..rasanya xde main hujan..huhuhu..bahagian bawah ke pinggang pOn ala2 rasa macam lenguh2..nak rehat aje kOjenya...dapat baring memang syOk!
semalam teman + en.vespa p beli barang2 dapur sikit, cukup untuk seminggu, senang...nak masak ape, semua dah ade kat umah.. tak payah kuar lagi dah. kesian pulak dekat en.vespa, kOje dari pagi sampai lewat petang, then malam pulak nak kena kuar lagi beli barang tetiap hari..huh! sO, cara itu lebih baik. semalam agak kepelikkan, citernya macam gini, kitOrang mau check pOint yang dah terkumpul pada kad tescO...kOt2 leh dapat vOucher lebih2an kann..ehehe. lagi pOn, tak pernah pulak diOrang hantOr ape2 letter kat umah menyatakan jumlah pOint kita ade berapa..sO, pergi la kat custOmer service di situ.. bila diOrang check..memang ade la pOints.. yang peliknya, diOrang kata butir2 diri takde dalam sistem.. tu sebab pOint@vOucher diOrang tak hantar ke rumah..nama+ alamat tidak tertera pada akaun kad itu..hurm, pelik gak..kad dah ade,pOint dah ade, tapi butir2 diri takde..walhal, time buat kad kan kita dah isi bOrang segala..cemane tu??? kompius sungguh..nasib baik bOleh tebus gak pOint tu after bagi balik i/c card.. diorang masuk semula butir2 diri kita..hurmmm..
en.vespa sudah bagi list menu untuk hari ni....ayam masak kurma, telur dadar, sup sayur campur.. huhuhu, 1st time teman nak buat masak kurma nih..lagi pOn jarang2 mak teman masak kurma kat umah dulu2.. sebab kitOrang adik-beradik macam tak berapa minat sangat..huhuhu...teman try je la... resepi di hujung jari anda je kan..hehehe..taip aje, then fOllow..sudahh :P
okeys! ni ade sedikit ilmu yang bOleh kita jadikan panduan dalam kehidupan..insyaAllah (",)
jom kita nengok ape maksud doa yang kita bace ketika dalam solat, duduk antara dua sujud..
Marilah kita mula menghayati maksud doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.
“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”
Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan. Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
“Warhamni (sayangi aku)”
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.
Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”
“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”
“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”
“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”
“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”
“Wa’fuannii (maafkan aku)”
Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.
Subhanallah...
p/s : renung2kan dan selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment