Tuesday, May 31, 2011

::waktu mustajab berdOa::

assalamualaikum...
alhamdulillah, bersyukur untuk hari ini.. diberi kecergasan olehNya untuk bangun seawal 4pagi... untuk melakukan tanggungjawab terhadap Allah dan suami :) berasa bahagia sangat bila dapat laksanakan kewajipan itu dengan penuh ikhlas dan tenang, alhamdulillah...seawal pagi itu teman bangun, siapkan nasi+gulai kari+ayam goreng...pepagi buta dapOr teman udah berasap..sambil2 memasak sorang2 kat dapur tue, dengOr alunan ayat2 al-quran..wah! syahdu sangat... memang leka je rasanya..

hurm..hari nie, idea coret2 takde sebab kepenatan berjalan keluar tadi..huhuhu, tatapi.....teman nak share sedikit ilmu mengenai waktu2 mustajab untuk kita berdOa, ilmu yang teman dapat dari buku "indahnya hidup bersyariat". sebenarnya, berdoa ni boleh dilakukan bila2 masa. tetapi lebih afdal kita berdoa pada waktu yang betul2 mustajab untuk berdoa..mOga doa kita dimakbulkan, antara waktu2 nya adalah :

  1. waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
  2. tiap2 selepas solat fardhu 5 waktu
  3. antara solat zuhur, asar dan maghrib
  4. antara azan dan iqamah atau selepasnya
  5. ketika bangun tidO
  6. selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  7. ketika hendak masuk @ keluar masjid
  8. antara takbir solat hari raya
  9. dalam khutbah jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah
  10. ketika menziarahi makam rasulullah SAW di masjid nabawi
  11. ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  12. ketika membaca qunut bagi solat subuh
  13. tiap2 kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan
  14. ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah
  15. ketika berjumpa dengan sanak saudara@sahabat handai yang sudah lama terpisah
  16. ketika hujan turun
  17. ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  18. sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
  19. ketika khatam al-quran 30juzuk
  20. ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud yang terakhir
itu antara waktu2 yang mustajab berdOa...mOga doa kita semua dimakbulkan Oleh Allah... insyaAllah :)

1 comment:

ilan nur said...

terima kasih sebab kongsi. :)