Thursday, September 30, 2010

:: Al-Fatihah untuk TUAN GURU DATO' HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN ::

sudah lama rasanya tidak membuat entry di blOg ini akibat kekangan masa yang tidaklah mengizinkan.. sO busy! dari pagi hingga ke malam, ade je kOje nak kena buat..meeting la, jamuan raya, program 1 malaysia lah, dating la ..oOpps! itu tidak termasuk dalam senarai ini..okeys! amat memenatkan..jadiknya..masa untuk menaip butiran perkataan untuk entry di blog ini amat terhad..


citer2 yang ade sebelum ini kita simpan dulu untuk next entry..kerana teman nak mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Teh Latif ( Tok sedara teman) atas pemergian beliau ke rahmatullah pada awal pagi semalam...kira-kira pukul 1pagi..menurut mak teman. terkejut teman apabila mendengar berita ini dari mak.. hilang lagi sebutir permata yang istimewa, cendiakawan...


Beliau merupakan pengasas Pondok Madrasah Al-Diniah Al-Latifiah Kg.Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak. Beliau mempunya 10 orang anak 7 lelaki dan 3perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta Halimatussaadiah binti haji Jusoh.

Beliau mula membuka pondok pada tahun 1963.Baginya agama adalah untuk semua tak kira politik,darjat atau agama,sesiapa yang ingin menuntut ilmu agama sentiasa dialu-alukan,baginya agama adalah nombor satu,yang paling penting setiap insan perlu menuntut ilmu walau di mana.beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah(Majlis Fatwa)Negeri Perak.Kitab-kitab yang diajar dipondok beliau adalah IQNA',FATHUL MU'EIN,MUKHNI MUMTAJ,FATHUL WAHAB,MUNIATUL MUSHOLLI,SABILAH MUBTADIN,MATAN ZUBAT,MATAN AL-JURUMIAH,HARSHIAH,MUGRHNI LABIB,ASMAWI,MATAMMIMMAH,IBNU AQIL,SHEIKH KHOLID,SHUZU,ILMU SOROF, HADIS;MUATHOK,SUNAN IBNU MAJJAH,BUKHARI,BAHRUL MAZI, TAFSIR; JALALAIN,NUR EHSAN,NASAFI,SIRAL SALIKIN,MINHAJU ABIDIN, TAUHID ;JAUHARAH,RISALAH,MATAN JAUHARAH dan banyak lagi.beliau juga suka menghimpunkan kitab arab yang dibeli beliau semasa mengerjakan umrah setiap tahun seperti di Mesir,Turki, Syria danYaman.Beliau mengerjakan umrah setiap tahun bukan setakat mengerjakan umrah tetapi beliau pergi menuntut ilmu dengan sheikh-sheikh yang mengajar di dalam Masjidil Haram,malah beliau juga mengajar di dalam Masjidil Haram tanpa menggunakan kitab,hanya melalui ingatan kuat dan ilmu yang ada di dalam dadanya,seperti yang diketahui ramai para jemaah yang mendengar terpegun mendengar beliau mengeluarkan setiap perkataan dari mulutnya,para sheikh dalam masjid memberitahu kitab yang dibaca beliau tiada didapati di sana.

semOga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang bertaqwa.. Al-Fatihah ~~~

2 comments:

Milah said...

Assalamualaikum wb
Adik perempuan & abang sulong saya pernah belajar dgn Allahyarham Pakteh di pondok beliau... Walaupun saya tidak pernah berguru dengan Allahyarham, tapi kami sekeluarga sering menziarah Allahyarham & Makteh setiap kali menghantar adik/ abang ke pondok. Dari situ saya mengenali mereka berdua dan terasa hubungan kami sekeluarga dengan Allahyarham & makteh seperti bersaudara.... Kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan besar buat semua; keluarga, pelajar/bekas pelajar, negeri Perak Darul Ridzuan, negara Malaysia... serta juga buat kami sekeluarga walaupun hanya beberapa kali bertemu namun silaturrahim yang ditaut terasa amat kuat sekali... Alfatihah....doa kami sekeluarga di Bukit Mertajam, Seberang Perai ini semoga ruh Allahyarham Pakteh ditempatkan bersama2 syuhadak dan solihin...amin...

heart by heart.... said...

wsalam...akak, insyaAllah.. mOga pak Teh Latif ditempatkan dalam golongan orang2 yang bertaqwa...amin. al-Fatihah