Tuesday, January 19, 2010

:: pAndUan sOlat JamaK dan QaSar ::

PENGERTIAN JAMAK

Solat jamak ertinya mengumpulkan dua solah dalam satu waktu
misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya.


Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu

1. jamak taqdim

* solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor
* solat magrib n isyak pada waktu maghrib



Syarat jamak taqdim

* hendaklah dimulai solah yang punya
waktu, ertinya lakukan zuhur dari asar dan magrib dari isyak
* Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbirratul ihram atau ditengah2 solat selama mana ia belum memberi salam
* muwalat (berturut-turut) di antara solat
yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solah, maka hendaklah solah pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

2. Jamak Takkhir


* Melaksanakan solah zuhur dan asar pada waktu asar
* Solah maghrib dan isyak pada waktu isyak

Syarat Jamak Takkhir

* Berniat hendak mentakkhirkan solah yang pertam
a pada waktu kedua
* Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua2 solah

Peringatan


Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat iaitu hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak.

Solah jamak takkhir ini tidak diisyaratkan tertib yang
mana dahulu dan yang mana kemudian. Oleh itu apabila tiba masanya untuk mengerjakan solah jamak takkhir, maka boleh didahulukan solah zuhur atau asar. Begitu juga halnya dengan jamak takkhir solah maghrib dan isyak.


PENGERTIAN QASAR


Ertinya memendekkan solah dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solah yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat zohor, asar dan isyak.

Solah jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan pabila seseorang lebih dari dua marhalah


Syarat-syarat Qasar

1. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah
3. solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam masa takbiratul ihram

Niat solat

Usalli fardal zuhri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala




Usalli fardal asri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala



Usalli fardal isyai rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fadu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala




5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolah taman (sempurna)
6. hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang ditujukan itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. berkekalan perjalanannya sehinga sempurna solah
8. Ia tahu bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan solah qasar


Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. walau bagaimanapun, ia boleh memilih di antara satu yang berikut:

1. menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
2. menjamakkan dua solat fardu dan qasar
3. mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


* solat jamak dan qasar ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
* Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
* Akhir musafir ialah apabila kita mamasuki kawasan permulaan musafir tadi.
* Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi sekiranya hendak berhenti disitu selama 3 hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
* Kemudahan solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kampung yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada wal kedua-dua solat dan diantara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau dipertengahan solat yang kedua.


Niat solat jamak qasar

1. Niat jamak taqdim dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuann ilal asri adaan lilahitaala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahitaala

-sahaja aku solat fardu asar dua rakaat kerana Allah Taala

2. Niat jamak taqdim dan qasar: magrib-isyak


Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihil isya’u lillahitaala

-sahaja aku solah fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala.

Solat magrib tidak boleh diqasarkan.Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib-isyak sama dengan jamak taqdim zohor-asar. Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut:

Usalli fardal isyai rakaataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

3. Niat jamak takkhir dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuan ilal asri adaan lillaitaala

-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada asar tunai kerana Allah Taala

Selepas memberi salam maka iqamat sekali lagi tanpa mennagguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahi taala

-Sahaja aku solat fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

4. Niat jamak takkhir dan qasar: magrib-isyak

Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihi isyau lillahi taala

-sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat seperti berikut

Usalli fardal isyai rakataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

* dua marhalah -sebahagian ulama mengatakan 48 batu, setengah berpendapat 56 batu dan juga ada yang menyebut 60 batu atau 100km. Untuk berhati-hati eloklah dikira dari 60 batu


No comments: