Friday, August 13, 2010

:: sanGGup terJun ke Dalam Neraka ::

Pertemuan dengan Allah SWT di akhirat kelak adalah suatu yang pasti, meskipun pertemuan itu dengan berbagai-bagai cara. Mukmin yang soleh bukan sekadar bertemu dengan Allah SWT, malah dapat menatap wajah Tuhan yang Maha Agung, setelah mereka dapat melakukan sujud di hadapan Allah di akhirat kelak. Pertemuan itu tanpa jurubahasa ataupun perantara. Yang dikatakan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah SWT. Di mahkamah Qadhi Rabbul Jalil itu tidak memerlukan bantuan malaikat bagi menjalankan tugas pendakwaan, serta tidak memerlukan jurubahasa bagi menterjemahkan segala perbuatan keji dan kemungkaran yang manusia lakukan.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya di akhirat kelak, sehingga ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan di hadapan Allah. Mereka juga tidak sanggup menanggung malu yang amat sangat.

Begitu juga halnya yang terjadi di padang Mahsyar. akan ada manusia yang bersedia terjun terus ke kawah neraka daripada dimalukan dikhalayak ramai. bukan beerti pilihannya supaya dicampakkan terus ke dalam neraka itu lebih baik daripada peristiwa yang memalukan itu, namun demikianlah keadaan gawat yang berlaku di padang Mahsyar apabila Allah SWT melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.

Itulah suatu peringatan bagi manusia yang tidak sanggup menanggung malu di padang Mahsyar, sebaik-baiknya mereka mesti malu dii dunia ini. Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekalipun di tempat yang sunyi. Sekiranya manusia tidak mahu menyaksikan rahsia keburukkannya itu, maka perlu sedar bahawa Allah SWT Maha mengetahui apa-apa yang tersembunyi. :)


No comments: