Friday, October 22, 2010

:: jangan bergantung pada Orang lain! ::

hari nie teman belajar 1 perkara, jangan selalu bergantung pada orang lain..hiduplah berdikari!
hurm... mungkin ini sifat yang paling teruk dalam hidup teman yang dapat teman kenalpasti, rasa sedih sangat2 bila sifat nie ada dalam diri.. sebab apa? sebab bila kita selalu bergantung pada orang lain, suatu masa perkara tu akan diungkit dan menyebabkan kita berasa kecewa dengan diri sendiri. itu yang teman alami..hurm.... jangan berharap pada yang tidak pasti.kadang-kadang harapan kita terlalu tinggi untuk sesuatu perkara, tetapi.. ianya tak lah setinggi seperti yang kita sangka. kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang orang lain fikirkan.

kadang-kadang kita fikir orang tidak memahami kita, walhal kita juga tidak memahami dia.. sukar untuk memahami kerana ia satu konsep yang sungguh abstrak..apa yang boleh kita lakukan, sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain..cuba untuk memahami walaupun ianya abstrak..cuba untuk memahami orang lain walaupun orang lain tidak faham akan diri kita..

kadang-kadang kita leka dengan perbuatan kita, kita leka dengan sikap kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri.. kekecewaan akan timbul bila kita mula terfikir perkara yang kita lakukan tu hakikatnya tidak disenangi oleh orang lain.. sentiasalah sedar dari mimpi yang sentiasa mengganggu fikiran kita.. mimpi yang menyebabkan kita leka dan lalai.. mimpi yang menjadikan kita kecewa..

sentiasa berfikir dan melakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan sendiri..jangan mempunyai impian yang terlalu tinggi dan belum pasti.. kerana kekecewaan akan muncul jika impian tiu tidak dikecapi.. walaubagaimanapun, kekecewaan hari nie, mematangkan kita untuk kejayaan akan datang.sememangnya ia pengalaman pahit dalam diri, tapi ingatlah .. pengalaman pahit itulah yang akan mematangkan diri kita untuk bahagia pada masa akan datang!

No comments: