Saturday, October 23, 2010

::student tipikal vs student khas<<< ::

hari yang tak besst.. ialah hari nie.. tak sihat..demam+selsema+sakit tekak+mata berair...semua ada..tak suka keadaan macam ni..tak suka..tak suka.. huhuhu, ape pOn mungkin ade hikmah kan..bila kita sakit, kita akan ingat pada-Nya.. 27/10 dah mula exam..hOpefully cepat la sembuh ;(
sepanjang minggu nie,teramatlah sibuk..sampai tetibe terkejut..minggu depan dah exam.. hurm..cepat masa berlalu..

alhamdulillah, selesai sudah program minggu vokasional pendidikan khas 2010.. sangat besstt! macam2 yang teman belajar dari sebelum, semasa dan selepas program berlangsung..banyak input yang berguna untuk seorang bakal guru pendidikan khas..

bila dah masuk bab pendidikan khas, teringat pulak kisah yang teman baca dari blog individu ini yang membincangkan tentang masalah disiplin pelajar2 sekarang yang sangat keterlaluan. memang tidak dinafikan. walaupun teman belum lagi melangkah ke alam perguruan sepenuhnya (sebab tak graduate lagi..blOm jd cikgu pOn) tapi, sepanjang pengalaman teman dalam bidang pendidikan semasa pra-practical, semasa practical dan semasa buat lawatan ke sekolah2.. kebanyakan pelajar tipikal ni(means pelajar nOrmal kat sekOlah) agak keterlaluan dalam menguji kesabaran cikgu2.. sehinggakan, apa yang mereka lakukan kita tak pernah terfikir pOn..dulu2, kalO kat sekolah masalah disiplin, mungkin just ponteng sekolah, merokok, curi-mencuri..tu biasalah.. tapi , pelajar2 sekarang macam2 kes.. sampai kes seksual pun ade..bukan hanya 1 kes, tapi boleh katakan setiap hari kes itu akan ada..hurm.. kalO rnk kata buat laporan polis tu.. mmg boleh dikatakan selalu dah..sehinggakan ada yang mencadangkan, ada pondok polis di dalam sekolah.. erm, macam2 kan.. memang ini pengalaman teman sendiri.. pengalaman yang membuatkan teman lebih berjaga-jaga dan tegas..

Bagi pendapat teman,teman bersyukur, pelajar2 pendidikan khas yang melakukan masalah disiplin, susah nak jumpa. malah, diorang ni lebih menghormati cikgu, lebih menyayangi cikgu.. pengalaman teman time practical dulu, setiap pagi.. datang je sekOlah, diOrang dah tunggu siap kat pintu masuk kelas pend.khas, beratur nak salam cikgu2.. siap ada yang tunggu kat pintu pagar sekolah sebab nk tolong angkat beg cikgu.. betapa diorang ni menghargai cikgu2.. ada yang kalO makan, ajak cikgu sekali.. siap ada yang belikan keropOk untuk cikgu..gula2... hehehe..sweet sangat. hubungan pun mesra, rasa macam takde 'gap' antara cikgu dengan pelajar..

bukanlah kita mengharapkan benda2 tu..tapi sebagai cikgu, terasa sangat diri dihargai oleh pelajar-pelajar.. sangat berbeza dengan pelajar tipikal, kalO kita lalu sebelah diorang pOn, diorang buat dek je..buat tak tau... bagi salam apa tah lagi... ada 1 kes, sehinggakan cikgu plak kena tampar dengan pelajar..hurm...that's reality! bayangkan macam mana perasaan cikgu yang kena tampar tu ketika itu..ape pOn, tak semua pelajar tipikal yang teruk..tapi, sekarang hampir 3/4... hanya 1/3 yang betul2 datang sekolah nak belajar.. ada matlamat, hormat cikgu2... ^_^


tengOk gambO..rasa rindu sangat ~~

sangat takut dengan zaman sekarang yang semakin mencabar. bagaimana pula anak teman untuk masa akan datang.. huh!yang penting didikan ibubapa tu sendiri dari awal.. pembentukan akhlak anak2 bermula dari akhlak ibubapa mereka.. itu yang utama. moga2 kita semua sentiasa dipermudahkan Allah dari segala hal terutama mendidik anak2 ;)



2 comments:

Cik Mun said...

amboi cikgu self timer gak ke? smpai xperasan ada kepala atas meja

heart by heart.... said...

hahaha.... yep! pencing tu pencing yea... self-timer okeys!